Home Inspirasi Niaga PERCAYA SEBELUM BERJAYA – 3 perkataan sebagai inspirasi seorang Mahasiswa USIM

PERCAYA SEBELUM BERJAYA – 3 perkataan sebagai inspirasi seorang Mahasiswa USIM

1034
0

 

Petikan fb seorang Mahasiswa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi pilihan MN untuk di kongsikan kali ini… kredit buat Muhammad Fazli

“PERCAYA SEBELUM BERJAYA – 3 perkataan mudah tapi padat dan penuh inspirasi… 

Saya nak kongsikan pengalaman yang pernah saya alami sendiri…

Saya seorang mahasiswa tahun 2, berumur 21 tahun

Bilamana seorang mahasiswa, pasti antara masalah yg dihadapi ialah masalah kewangan..dan based on seminar yg saya pernah hadir, guru saya bagitahu yg masalah itu tidak wujud dan ianya hanyalah mindset dan.mentaliti kita sahaja dan ianya BOLEH BERUBAH SEPANTAS SAAT…

…dan pada pandangan peribadi saya sendiri, masalah kewangan bukanlah satu masalah, tetapi ianya soal BAGAIMANA kita sebagai mahasiswa MENGURUSKAN KEWANGAN kita sendiri.

Saya lebih suka mencari duit sendiri, dan suka mencari peluang dan pengalaman baru.. sehinggalah nampak satu iklan peluang berniaga utk pelajar kelolaan jawatankuasa kolej kediaman di kampus saya..tanpa fikir panjang, saya terus mohon dan lulus..masa tu tak terfikir langsung nak.jual apa n modal pun kecik je..apa lagi? produk air jelah kan..saya buat sorang2 je..jenis suka x suka untung atas angin..kita nak untung, kita usaha sendiri, sendiri penat, sendiri dapat hasil..balik rumah 12 malam 1 pagi tu benda biasa dan kadang housemate sendiri pun jarang jumpa.

Fazli ketika memulakan bisnes Teh Ais

Saya mula dengan menjual air teh ais tu.. yang viral tu.. Saya cuba sendiri hampir 10-15 kali dan pada awalnya jualan x habis… dan hanya laku x sampai 10 cup pun… saya cakap dekat kawan, “takpe, ini baru permulaan dan ini satu feedback yg sangat positif” nak kata malu tu memang la malu, dah la sorang-sorang, pastu tak laku..tapi saya seronok sebab saya ada pengalaman yang orang lain tak rasa dan tak dapat rasa.

Saya kaji kelemahan n kekurangan dan saya tukar kepada air jagung ni, dan saya nampak potensi yang ada..masa tu guna pewarna je..tapi tetap tak habis..kadang tinggal separuh balang, fuhh..sedih tu tetap ada sebab jualan tak habis, tapi saya bersyukur sebab Allah nak ajar saya erti sabar dan tahu susahnya cari duit sendiri..

dan saya tambah baik lagi, x guna pewarna tapi saya guna pati jagung ori yg diproses sendiri..dan saya bersyukur jualan semakin meningkat dan habis licin..alhamdulillah..

Penjenamaan – Air Jagung Mereciks bagi menarik perhatian pelanggan

Kini, saya dah re-branding semula produk saya..jual hanya kecil-kecilan di Pasar Malam Kolej Kediaman Nilam Court USIM dan di mana2 program atau talk di Dewan Kuliah Perdana DKP Usim atau sekitar kampus..x mahal..HANYA RM2 SAHAJA..logo, bunting stand, sticker n t-shirt pun dah siap sebagai marketing n identiti produk sendiri..dag xde tulis dkt kertas A4 dan tulis dengan marker pen lagi.. In shaa Allah jumpa lagi semester akan datang..skrg tutup sebab student cuti..

Air jagung siap untuk dijual diperoses sendiri

Alhamdulillah..masalah kewangan tadi dapat saya atasi sikit demi sedikit..saya asingkan tabung simpanan saya..walaupun bukan besar-besaran tapi at least puas hati dan cukup..rezeki tu tak pernah putus. yakin je dgn Allah.

Apa yang saya syukur sangat, masa saya sebagai seorang mahasiswa tidak dibazirkan begitu saja.. masa tu saya penuhkan dgn perkara bermanfaat… niaga pasar malam setiap jumaat, niaga di lot2 sekitar fakulti, mengajar staff ngaji, Liqaa lagi, prebet usim, join program as fasilitator atau peserta seminar untuk tambah ilmu n tingkatkan softskills, komitmen persatuan pelajar.dan macam3 lagi..letihnya tu Allah je tahu…keluar pagi, balik time kawan2 dah tidur tu biasa..tapi tetap syukur n semangat sebab saya fikir, ada lagi orang yg lebih sibuk dan penat daripada saya.

Pesan saya buat mahasiswa, zaman belajar di universiti ni lah kita nak belajar kenal siapa diri kita..janganlah terlalu pasif kerana ianya akan menghancurkan masa depan anda sendiri walaupun anda cemerlang atas kertas…carilah potensi yg ada dalam diri dan bantu sahabat2 lain yg memerlukan..jangan bazirkan masa dan duit untuk perkara yg bukan keperluan..bezakan keperluan dan kehendak..cari peluang dan pengalaman untuk diri sendiri dan masa depan..

Nak kata saya belajar pandai, saya takdelah pandai sangat..saya lemah subjek arab n english sikit2..tapi nak buat mcmne kan? kuliah tetap full arabic n english..
sgt struggle utk faham sesuatu.

Moga Allah permudahkan semuanya dan inshaAllah..semester depan saya akan keluarkan satu lagi produk saya selain air jagung mereciks tu iaitu produk yg berasaskan coklat..nantikan ya!!!

Memetik kata2 guru motivasi saya,“Hanya mereka yang rasa, akan memahami
-Ateh Zuhairi Nopiah-

Ingat, nak masuk syurga jangan sorang2..ajak semua sekali, kelurga dan kawan2..nak berjaya pun jangan sorang2 ajak semua sekali

Terima kasih kepada semua yg tak putus2 bagi semangat, nasihat dan sokong yg tak pernah henti

Terima kasih yg mendoakan..same goes to you..

moga bermanfaat
sekian @fbMuhammad Fazli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.