Home Inspirasi Niaga 10 tanda-tanda ANDA akan menjadi seorang yang BERJAYA…

10 tanda-tanda ANDA akan menjadi seorang yang BERJAYA…

620
0
Berjayanya seseorang itu apabila mereka berILMU dan BEAMAL - Gambar peserta kursus 25 Nov 2018 "Kursus Penternakan Lobster Air Tawar di Lui Farm STREAM" hubungi 017-3007878

 

10 tanda-tanda ANDA akan menjadi seorang yang BERJAYA…

Oleh Jebat Derhaka

Roda hidup seringkali berputar, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Begitu juga kejayaan, adakalanya berjaya, adakalanya gagal. Namun, apa yang membuat seseorang itu berjaya atau gagal?

Berikut adalah senarai tanda-tanda anda akan menjadi seorang yang berjaya InsyaAllah!

1. Anda fleksibel untuk berubah
Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda. Anda perlu menambah ilmu dan kemahiran untuk memperbaiki diri dari masa ke masa.

Peserta Kursus Penternakan Lobster Air Tawar (LAT) praktikal dalam penternakan dan penjagaan LAT…. untuk kursus LAT boleh hubungi 017-3007878

2. Anda tidak suka merungut dan mengeluh
Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling

3. Anda sering produktif
Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda

4. Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri
Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa

5. Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan
Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkakan kredibiliti anda pada pandangan orang lain

6. Anda bersedia membantu orang lain
Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata, the more you give, the more u get.

7. Anda seorang yang pemaaf
Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat.

8. Anda menghadapi cabaran dan belajar darinya
Anda suka melihat cabaran sebagai peluang, dan pelajari serta perbaiki melaluinya

9. Anda suka melihat kejayaan orang lain
Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati

10. Anda suka mendampingi orang yang berjaya
Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif!!!

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-‘Asr)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.