Home Education & Training Tip Perniagaan: Langkah Untuk Memulakan Perniagaan

Tip Perniagaan: Langkah Untuk Memulakan Perniagaan

168
0

Tip Perniagaan: Langkah Untuk Memulakan Perniagaan

Oleh: Baharim Sukari

******************************

Perniagaan dalam istilah fiqah ialah JUAL BELI. Dalam bahasa arab pula di sebut “AL-BUYU”. Manakala dalam pengertian syarak ialah pertukaran barang dengan barang, (atau harta dengn harta, atau harta dengan barang), dengan persetujuan kedua-dua belah pihak di antara penjual dan pembeli atau pertukaran milik dengan gantian (bayaran/mubadalah), mengikut cara-cara yang di izinkan oleh syarak.

Video Maksud & Adab berniaga>>>

Perniagaan merupakan pertukaran dalam bentuk wang dengan barang, atau barang dengan barang dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Perniagaan ialah kontrak pertukran barang dengan barang/mata wang untuk mendapatkan keuntungan.
Itulah antara sebahagian beberapa definisi perniagaan menurut islam. Dan apa yang di maksudkan dalam senarai di atas itu ialah, dalam perniagaan akan berlaku pertukaran barang dengan barang dan barang dengan wang di antara kedua-dua belah pihak. Dan pada masa yang sama juga kedua-dua belah pihak akan mendapat keuntungan, serta segala urusan dalam jualbeli adalah sah di sisi syarak malahan juga berlaku persetujuan bersama antara penjual dan pembeli.

 

Bagaimana pula hendak memulakan perniagaan?

Langkah 1 – Kenal Pasti Potensi Diri

a) Kenal pasti akan kekuatan diri anda, sebagai contoh ilmu & kemahiran tentang perniagaan yang akan dilakukan dengan mementingkan kualiti dan nilai. Ilmu anda boleh perolehi dari menghadiri kursus-kursus keusahawanan dan pengalaman pula anda boleh perolehi dengan cara bekerja dengan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama seperti yang anda akan ceburi nanti.

b) Kenal pasti kelemahan diri anda, sudah pastinya setiap manusia tiada yang sempurna, bergitu juga dengan kita. Sebelum kita memulakan sesuatu perniagaan itu, hendaklah kita memperkukuh dan mengatasi kekurangan kita, sebagai contoh menghadiri kursus-kursus asas perniagaan.

c) Pastikan anda suka akan dan seronok untuk berniaga kerana sudah pastinya berniaga memerluka satu pengorbanan besar, “korbankan wang untuk mendapatkan wang yang lebih besar, korbankan waktu untuk mendapatkan waktu yang lebih berkualiti dan korbankan kasih sayang untuk mendapatkan kasih sayang”.

 

Langkah 2 – Kenal Pasti Potensi Produk/Perkhidmatan

a) Kenal pasti produk atau perkhidmatan yang hendak diniagakan, produk hendaklah berdaya saing. Pastikan produk kita boleh bersaing dengan produk sedia ada di pasaran.

b) Cipta satu kelainan atau kelebihan produk berbanding produk yang ada di pasaran mengikut kesukaan pelanggan.

Langkah 3 – Kenal Pasti Potensi Pasaran

a) Kenal pasti peluang pasaran, anda kena tahu kesesuaian produk yang hendak dipasarkan itu dengan sasaran pasaran. Lima perkara yang perlu diambil kira iaitu pengguna, lokasi, barangan, proses dan promosi (pemasaran klik di sini).

b) Kenal pasti peluang jualan, anda hendaklah mengetahui peluang-peluang untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan dan seteruskan peluang keuntungan yang boleh diraih. Contoh sekiranya anda hendak membuka restoren pastikan ianya berhampiran dengan kumpulan orang yang ramai, tempat pakir dan sebagainya.

Langkah 4 – Dapatkan Maklumat Pasaran

Adalah penting untuk anda mempunyai maklumat yang cukup tentang perniagaan yang hendak diceburi terlebih dahulu. Buat penyelidikan dan dapatkan maklumat tentang pasaran dari seberapa ramai orang yang terlibat dalam perniagaan seperti perniaga, akauntan, pengurus bank, konsultan perniagaan dan sebagainya.

Langkah 5 – Mengetahui Kos dan Modal

Selepas mendapat cukup maklumat mengenai industri ini, anda perlu mengenal pasti struktur harga anda dan keperluan pembiayaan (berapa banyak wang yang diperlukan untuk memulakan perniagaan).

Langkah 6 – Pendaftaran Syarikat

Isu seperti perlesenan dan peraturan serta di mana perniagaan anda akan dijalankan adalah penting dan ianya termasuk penstrukturan perniagaan anda. Apakah jenis perniagaan yang anda ingin anda jalankan? Adakah anda akan memulakan perniagaan peniagaan tunggal, perniagaan perkongsian, atau koperasi?

Langkah 7- Membangunkan kemahiran pengurusan anda

Berikut adalah 5 Pengurusan Kemahiran Penentu Kejayaan Perniagaan anda;

a) Kemahiran Teknik

Melibatkan kebolehan untuk mengaplikasikan Kaedah-kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang tertentu. Contoh pekerjaan: Jurutera, Doktor, Akauntant dll. Kemahiran ini boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian. Ianya mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti harian perniagaan anda itu nanti. Amat penting adalah anda perlu mempunyai kemahiran teknik berkenaan produk dan perkhidmatan kerana ianya penting untuk memudahkan tugas anda.

b) Kemahiran Kemanusiaan

• Kebolehan untuk berkomunikasi dengan pelbagai golongan manusia atau masyarakat.

• Memimpin, memberi motivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi orang lain untuk capai objektif dan berkaitan rapat dengan kemahiran ini.

• Pandai memahami perasaan, tingkah laku dan sikap orang lain.

• Terdapat peniaga yang gagal dalam kerjayanya bukan kerana tiada Kemahiran Teknik tetapi tiada Kemahiran Kemanusiaan.

c) Kemahiran Konsep

• Kemampuan untuk melihat sesebuah perniagaan itu secara keseluruhan.

• Seseorang yang mempunyai Kemahiran Konsep yang baik dapat melihat perkaitan antara setiap bahagian dalam organisasi perniagaan.

• Kemahiran Konsep sukar untuk dibangunkan kerana ianya adalah cara pemikiran seseorang.

d) Kemahiran Pengurusan Masa

• Kebolehan untuk melakukan tugas yang perlu disempurnakan dalam masa yang ditetapkan.

• Perkara yang dilengah-lengahkan akan menimbulkan masalah.

• Individu yang cekap perlu menentukan tugas yang amat penting disiapkan dengan segera.

• Seseorang peniaga perlu bergerak pantas dalam setiap aktiviti kerjanya.

e) Kemahiran Membuat Keputusan

• Kebolehan untuk melakukan tugas yang perlu disempurnakan dalam masa yang ditetapkan.

• Perkara yang dilengah-lengahkan akan menimbulkan masalah.

Langkah 8 – Membangunkan pelan perniagaan.

Akhir sekali apabila anda mempunyai semua maklumat yang diperlukan di atas, kini anda boleh membuat keputusan bijak bagaimana hendak memulakan perniagaan anda itu. Proses ini dikenali sebagai membangunkan rancangan perniagaan.

******************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.