Home Event Support BULAN KEMERDEKAAN 2018 – Sayangi Malaysiaku: Penghargaan Kepada Warga Emas

BULAN KEMERDEKAAN 2018 – Sayangi Malaysiaku: Penghargaan Kepada Warga Emas

634
0

BULAN KEMERDEKAAN 2018 – Sayangi Malaysiaku: Penghargaan Kepada Warga Emas

Sempena bulan kemerdekaan 2018, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan kerjasama MACRI menganjurkan pertandingan bikin video untuk merakamkan cerita dan pengalaman para warga emas untuk dikongsi buat tatapan generasi muda.
Kisah dan teladan boleh datang dari pengalaman masa silam yang mempunyai elemen jasa, sumbangan mahupun pengorbanan mereka suatu ketika dahulu, bersesuaian dengan tema merdeka tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’. Mesej-mesej penceritaan ini boleh diterjemahkan secara visual dalam bentuk poster, foto mahupun video. Sudah pasti kisah-kisah menarik dari atuk nenek kita ini dapat memberi inspirasi buat muda-mudi untuk diteladani.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti sesi ‘Jom Bikin Cerita’ oleh En Nizal Mohammad, ‘Seni bercerita’ oleh Mama Tok, ‘Kerohanian adalah kunci kejayaan yang gemilang’ oleh Tuan Fazrul Ismail dan pelbagai lagi pada 18 Ogos bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Seksyen 13, Shah Alam. Pameran Kemerdekaan akan diadakan pada 30 Ogos ini bertempat di bangunan yang sama.
Semoga usaha murni PPAS ini adalah kesinambungan inisiatif mereka terhadap pengumpulan kandungan kreatif dengan melibatkan komuniti dan golongan belia
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ramesh@macri.com.my atau hubungi 017-8828302

LOGO HARI KEBANGSAAN 2018
LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN (KEMERDEKAAN) KE-61 TAHUN2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.