Home Education & Training LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG BOLEH DIAMBIL DALAM MENYELESAIKAN MASALAH.

LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG BOLEH DIAMBIL DALAM MENYELESAIKAN MASALAH.

686
0

 

LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG BOLEH DIAMBIL DALAM MENYELESAIKAN MASALAH.

Oleh Kamri Kamaruddin

***********************************

Pembuatan keputusan merupakan sesuatu yang amat penting kerana setiap keputusan yang di ambil akan mempengaruhi berbagai pihak.

Oleh itu, dalam menyelesaikan masalah yang timbul usahawan perlu berhati-hati dalam menyelesaikannya.

Apakah proses-proses dalam pembuatan keputusan? Bagaimana proses pembuatan keputusan berlaku?

Terdapat empat langkah penting dalam pembuatan keputusan.

Pertama: Mengenalpasti Tindakan Alternatif.

Pengurus perlu menjana, menyenarai dan menilai setiap tindakan alternatif. Langkah ini kadangkala mudah dan tidak mudah dilaksanakan.  Tindakan alternatif seharusnya bersifat mendalam dan intelektual.

Kedua: Mengumpul maklumat yang baik.

Maklumat yang baik adalah maklumat yang relevan, semasa, diperoleh secara sah dan tepat. Maklumat sebegini boleh diperolehi daripada sumber-sumber seperti temuduga, kajian dan laporan.

Dalam membuat sesuatu keputusan, biasanya banyak maklumat dapat dikumpul. Namun tidak semua maklumat berguna dan boleh membantu mencapai hasil yang dikehendaki. Hanya maklumat yang relevan akan berperanan mempengaruhi sesuatu tindakan dan mewujudkan pelbagai kesan.

Ketiga: Menilai

Menilai akibat daripada setiap alternatf. Langkah ini memerlukan perbincangan yang mendalam di kalangan mereka yang memiliki kepakaran, pengetahuan dan pengalaman yang relevan dengan isu yang ingin diputuskan.

Keempat: Membuat Keputusan

Pengurus membuat keputusan dengan memilih satu daripada tindakan alternatif yang akan menghasilkan sesuatu / akibat yang dihajatkan atau diinginkan. Paling penting, pemilihan yang dibuat perlulah seiring dengan objektif dan matlamat organisasi.

*************************
Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.