Home Education & Training PENGURUS DAN KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI

PENGURUS DAN KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI

2065
0
source image: "Follow the Leader" https://lovecuteanimals.com/cute/56729/

 

PENGURUS DAN KEPIMPINAN  DALAM ORGANISASI

Oleh Kamri Kamaruddin

Walaupun terdapat persamaan di antara seorang pengurus dan pemimpin, bukan semua pengurus berkebolehan menjadi pemimpin dan bukan semua pemimpin boeh menjadi pengurus.

Peranan pengurus bukanlah tertumpu kepada satu peranan tetapi juga pada kesemua aktiviti yang ada kaitannya dengan organisasi ia bekerja. Pakar Pengurusan Henry Mintzberg membahagikan peranan pengurus dalam organisasi kepada tiga:

Perhubungan Antara Personal

  1. Selaku ketua yang bertindak dalam semua hal organisasi termasuk untuk mempromosikan kepentingan organisasi.
  2. Sebagai pemimpin yang mendorong subordinat atau pekerja ke arah objektif yang dikehendaki.
  3. Sebagai penghubung antara individu dan kumpulan dalam organisasi.

 

Penerima dan Penyampai Maklumat

Peranan pengurus ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

  1. Menerajui urusan organisasi dengan memastikan beliau membaca laporan, hadir mesyuarat dan penting sekali mendapat maklumat semasa melalui subordinat.
  2. Selaku penyebar, pengurus menghantar maklumat yang diperolehi agar subordinat sentiasa peka dengan maklumat terbaru.
  3. Sebagai jurubahasa, pengurus memanjangkan maklumat kepada media dan individu di luar organisasi berhubung dengan dasar, perancangan dan matlamat organisasi.

 

Pembuat Keputusan

Peranan pengurus sebagai pembuat keputusan disenaraikan seperti berikut

  1. Sebagai pengusaha, pengurus mesti memulakan perubahan dengan menampilkan idea baru berhubung dengan pengeluaran, perkhidmatan serta peluang-peluang yang boleh menerus dan meningkatkan kejayaan organisasi.
  2. Selaku pengawal kekecohan, pengurus sering bertindak bagi mereka, menyelesaikan dan mendamai berbagai jenis kekacauan yang dihadapi.
  3. Sebagai penyelia sumber, pengurus selalu diheret dengan kekurangan sumber. Oleh itu beliau perlu bijak dan adil dalam pembahagian sumber kepada kumpulan dan individu mengikut budibicaranya.
  4. Sebagai perunding, pengurus sebagai wakil organisasi ke berbagai rundingan, perlu bijak dan berpengaruh untuk mengambil peluang yang diberikan serta mampu mengatasi masalah secepat mungkin.

Berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakan oleh pengurus, jelas seseorang pengurus perlu pintar menyempurnakan tugasnya dengan mudah dan berkesan.

Dibantu dengan kemahiran sosial, seseorang pengurus sepatutnya mampu mencungkil minat subordinat dalam organisasi supaya mereka dapat dikawal dan juga mengarahkan diri sendiri mereka ke satu manfaat bersama.

Pengurus selaku pemimpin dalam sesebuah organisasi, perlu berusaha memastikan organisasi yang diamanahkan kepadanya diuruskan dengan jaya dan jujur. Salah satu langkah yang boleh dilakukan oleh pengurus ialah memahami tingkahlaku subordinat agar dapat disesuaikan dengan gaya pengurusan yang berkesan.

*************************

Oleh: Kamri KamaruddinPerunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.