Home Education & Training “5 Pelaris” menyebabkan orang membeli dari kita dibandingkan dari orang lain?

“5 Pelaris” menyebabkan orang membeli dari kita dibandingkan dari orang lain?

191
0
Gambar sumber: Ndoro Ajoe Resto adalah sebuah konsep baru restoran yang berada di kota daerah Seturan Yogyakarta....https://ndoroajoe.com/

 

“5 Pelaris” menyebabkan orang membeli dari kita dibandingkan dari orang lain?

Oleh: Baharim Sukari

******************************

Sudah menjadi lumrah di dalam perniagaan, ada orang membeli dari kita dan ada orang lebih suka membeli dari orang lain. MENGAPA?

Kita tahu rezeki itu datangnya dari Allah swt, Allah tidak pernah menzalimi hambanya… setiap usaha pasti ada ganjarannya.

Apa yang penting kita perlu berusaha terlebih dahulu, soal rezeki pasti Allah akan menganugerahi hasil dari usaha kita itu.

Sebut pasal usaha… ianya terdiri daripada beberapa perkara, antaranya;

ILMU – adalah menjadi suatu kewajipan bagi umat Islam untuk menuntut ilmu samada ilmu berkaitan Duniawi mahupun Ukhrawi. Cuba kita bandingkan di antara tukang masak di gerai makan biasa dengan tukang masak hotel lima bintang, siapa yang dibayar gaji lebih tinggi? Sudah pasti tukang masak hotel lima bintang (chef) bukan? Sebabnya, Ilmu tentang masakan yang dimiliki oleh chef itu lebih tinggi dibandingkan oleh tukang-tukang masak biasa. Percayalah! Allah akan memartabatkan orang-orang yang berilmu.

KEMAHIRAN – perkara ke-2 selepas pengetahuan, seseorang itu perlu menguasai bidang yang mereka ceburi. Kemahiran sangat membantu dalam peningkatan produktiviti dan dengan kemahiran juga sudah pasti dapat membantu usahawan dalam pengurangan kos pengeluaran mereka.

KEIKHLASAN – Buatlah sesuatu bermula dengan niat yang murni, keikhlasan boleh menyebabkan anda suka dan tak cepat penat terhadap apa yang anda lakukan.

Gambarajah di atas ini boleh kita jadikan contoh produk yang disediakan oleh kedai makan/ restoran, penghasilan produk seperti ini adalah bergantung kepada tukang masaknya. Di sini kita boleh simpulkan masakan-masakan seperti ini hasil dari pengetahuan dan kemahiran penyedianya.

Sudah pasti jika diberi pilihan, kita akan berkunjung ke kedai makan/ restoran yang menyediakan masakan seperti menu “C”

Nilai Tambah – Sekali lagi kita rujuk kepada gambarajah ikan goreng di atas, hidangan ikan goreng “C” dapat dilihat mempunyai nilai tambah yang tersendiri. Walaupun ianya melibatkan kos yang lebih dari “A” dan “B” namun ianya masih mendapat sambutan bukan kerana harganya, tetapi persembahannya dapat menarik minat orang ramai.

Usahawan atau peniaga haruslah tahu bagaimana untuk menilai mutu, kualiti dan persembahan produknya bagi memastikan perniagaan mereka terus berdaya saing.

 

5 Pelaris kedai makan/ restoran:

  1. Persembahan menarik – dapat menaikan nafsu makan pelanggan, gunakan idea-idea kreatif dalam menyediakan hidangan.
  2. Bahan mentah berkualiti dan segar – menjadikan masakan kita enak dan lazat
  3. Kedai makan/ restoran bersih – pengunjung pasti selesa
  4. Layanan mesra, senyuman, beradab mementingkan kepuasan pelanggan dan sebagainya jadikan budaya perniagaan, tak kira samada boss atau pekerja.
  5. Perkhidmatan yang pantas dan cekap.

******************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.