Home Education & Training KUALITI PENENTU KEBOLEH PASARAN PRODUK

KUALITI PENENTU KEBOLEH PASARAN PRODUK

2860
0

 

KUALITI PENENTU KEBOLEH PASARAN PRODUK

Oleh: Baharim Sukari

Apa itu Pengawalan Kualiti?

Pengawalan kualiti adalah merupakan aktiviti-aktiviti organisasi/ perniagaan yang dilakukan untuk memastikan produk keluaran mereka menepati piawaian kualiti yang ditetapkan.

Menguruskan kualiti pula bermaksud sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan, tidak berhenti pada satu tahap malah ianya menjadi suatu usaha penambah baikan yang berterusan.

Hasil dari pengurusan kualiti yang baik dan berterusan, iyanya boleh meningkatkan nilai produk dan pengeluarnya. Apa yang lebih penting pengawalan kualiti dapat memberi keyakinan dan kepuasan kepada pengguna.

Bagaimana untuk mengawal kualiti?

  • Mewujudkan sistem kerja – dapat melancarkan proses pembuatan dan menyenangkan pekerja dalam melaksanakan tugas.
  • Membangunkan S.O.P (Standard Operating Procedure) – produk keluaran menepati piawaian dan permintaan serta dapat mengurangkan kadar kecacatan (defect). Sesetengah pengilang antarabangsa, “zero defect” adalah merupakan sasaran dalam proses pengeluaran produk-produk mereka.
  • Pemilihan Pembekal – Proses ini adalah untuk mencari dan mengenalpasti bahan mentah yang akan digunakan untuk pembuatan sesuatu produk. Baik kualiti bahan mentahnya… baiklah kualiti produk siapnya.
  • Melantik pekerja Penegasan Kualiti (bahan mentah yang diterima dari pembekal) – Membuat pemeriksaan ke atas bahan mentah sebelum diproses. Jika proses ini tidak dijalankan, ianya boleh mengakibatkan kerugian kepada syarikat sekiranya produk keluaran mereka cacat atau tidak befungsi dengan baik (tidak menepati piawaian). Ada kemungkinan kerja-kerja pembaikan (rework) terpaksa dijalankan atau produk mereka langsung tidak boleh dijual/ dipasarkan.
  • Melantik pekerja Pengawasan Kualiti – Membuat pemeriksaan ke atas produk-produk keluaran sebelum ianya dijual atau dipasarkan. Proses ini dapat mengurangkan aduan pelanggan dan kepuasan pelanggan.

 

Kebaikan Pengawalan Kualiti

Dengan adanya pengawalan kualiti yang berterusan, pihak pengeluar atau syarikat akan memperolehi kebaikan-kebaikan seperti;

  • Menjimatkan kos pengeluaran disebabkan kurangnya pembaziran akibat kecacatan produk semasa sebelum atau semasa proses pembuatan.
  • Meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan kerana mutu produk yang sentiasa dalam piawaian.
  • Bagi produk makanan, ianya dapat (produk sama) mengekalkan rasa yang sama sepanjang masa.

Para usahawan, pengeluar atau pekerja yang terelibat secara langsung dalam pengawalan kualiti disyorkan untuk menghadiri kursus-kursus berkaitan kualiti bagi meningkatkan kefahaman dan cara pengawalan kualiti yang baik.

Gambar kenangan Penulis (Baharim Sukari) Semasa Mengendalikan Kursus Pengawalan Kualiti di Kuala Terengganu – Peserta terdiri daripada Usahawan PKS

******************************

Oleh: Baharim SukariJurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.