Home Education & Training KEPINCANGAN PENGURUSAN KEWANGAN – Usahawan perlu tahu!

KEPINCANGAN PENGURUSAN KEWANGAN – Usahawan perlu tahu!

270
0

 

KEPINCANGAN PENGURUSAN KEWANGAN – Usahawan perlu tahu!
Oleh: Kamri Kamaruddin

Pembaca yang dihormati. Tahukah anda, kenapa ramai di antara usahawan kecil dan sederhana gagal?

Kebanyakkan usahawan kita gagal kerana tidak memahami atau kurang pengetahuan memahami betapa pentingnya pengetahuan menguruskan kewangan syarikat dan membuat perancangan masa hadapan.

Ada di antara mereka yang saya temui memberikan alasan-alasan seperti berikut :
• Tidak mempunyai masa untuk merancang kerana terlalu sibuk dengan urusan harian lain.

• Tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk dibelanjakan bagi perkara-perkara yang kurang produktif. Pada anggapan mereka membuat perancangan adalah satu perkara yang tidak mendatangkan keuntungan secara langsung.

• Syarikat yang mempunyai saiz yang sederhana atau kecil, justeru itu mereka tidak merasakan kepentingan untuk membuat perancangan masa depan syarikat. Bagi mereka, perancangan kewangan lebih sesuai kepada syarikat-syarikat yang besar sahaja.

Kerapkali mereka yang saya temui ini merungut kerana selalu kekurangan modal untuk dipusingkan. Sebenarnya ini merupakan petanda awal yang menunjukkan terdapatnya kepincangan yang terdapat dalam syarikat tersebut.

Kelemahan-kelemahan Dalam Menguruskan Kewangan Syarikat

Antara kepincangan yang sering berlaku dalam pengurusan kewangan perniagaan kecil adalah;

i. Kekurangan modal pada awal perniagaan
Modal permulaan ialah modal yang dilaburkan semasa memulakan projek baru. Ia digunakan untuk membeli aset tetap dan pembiayaan modal pusingan. Modal permulaan ini boleh disalah anggar sekiranya kos perlaksanaan projek tidak dikira dengan tepat. D idalam mengira keperluan modal, perkara-perkara seperti modal untuk menampung perbelanjaan sehingga tempoh masa hasil boleh dikutip, wang untuk menampung tempoh masa mewujudkan pelanggan-pelanggan, wang untuk membeli bekalan-bekalan dan peralatan sehingga kredit dapat diwujudkan dan peruntukan untuk malapetaka seringkali tidak diberi perhatian. Akibatnya syarikat seringkali tidak bertahan lama kerana keputusan/kehabisan modal ditengah jalan.

ii. Kekurangan modal untuk pertumbuhan dan perkembangan
Antara punca kegagalan adalah kerana syarikat berkembang dan membesar terlalu cepat berasaskan modal yang terhad. Akhirnya terperangkap dalam masalah kewangan. Adalah lebih baik berkembang pada tahap yang perlahan daripada mengembang dengan mengejut dan tanpa persediaan yang rapi.

iii. Ambilan yang berlebihan daripada perniagaan
Oleh kerana ramai usahawan yang bergantung rezeki pada perniagaan mereka, perkara ini seringkali tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, usahawan dianjurkan mengambil sekadar yang perlu dan ambilan hendaklah dicatitkan dalam rekod perniagaan. Wang yang selebihnya dilaburkan semula ke dalam perniagaan.

iv. Menganggap semua wang yang masuk adalah kepunyaan syarikat
Kepincangan sering berlaku apabila usahawan gagal menyedari tanggungjawab-tanggungjawab syarikat yang perlu dibayar. Akibatnya, usahawan terpaksa mencari sumber kewangan yang lain yang adakalanya mempunyai kos yang tinggi. Adalah menjadi satu amalan yang baik sekiranya usahawan dapat membezakan wang syarikat dengan wang sendiri.

v. Gagal memahami perbezaan untung dan tunai
Untung adalah merupakan hasil yang diperolehi setelah ditolak semua perbelanjaan. Manakala tunal adalah wang syarikat yang disimpan di bank atau tangan.

vi. Bersikap liberal terhadap pemberian kredit kepada pelanggan
Usahawan hendaklah sentiasa memahami bahawa kredit atau hutang yang diberikan kepada pelanggan mereka adalah sebenarnya pinjaman duit mereka tetapi dalam bentuk inventori. Tunai mereka sudah terikat kepada inventori tersebut dan syarikat akan sekali lagi menghadapi masalah kekurangan modal. Oleh itu, berhati-hatilah dalam memberi kredit kepada pelanggan,

vii. Gagal menggunakan dokumentasi perniagaan yang sistematik

viii. Tidak mempunyai sistem perakaunan yang lengkap
Sistem perakaunan yang lengkap tidak semestinya rumit. Yang penting dapat mengumpul dan memberikan maklumat yang cukup kepada usahawan tentang kedudukan kewangan mereka.

ix. Tidak mempunyai perancangan kewangan yang lengkap
Perancangan kewangan adalah penting tetapi ramai usahawan tidak mahu mengambil tahu masa depan kewangan mereka sehinggalah masalah serius timbul. Antara perkara penting dalam merancang kewangan ialah menganggar keperluan kewangan untuk pembesaran syarikat dan lain-lain perkara yang membabitkan soal kewangan.

Diharap dengan apa yang saya paparkan diatas sekurang-kurangnya usahawan dapat menyediakan “payung sebelum hujan”.

Dan bagi anda yang bermasalah untuk memahami Teknik Pengurusan Kewangan Berkesan sila hubungi SCCS.

Selamat Berniaga.

Oleh: Kamri Kamaruddin

Perunding Latihan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.