Home Education & Training Apa itu KEYMAN? “istilah yang digunakan khusus untuk pekerja penting atau eksekutif…”

Apa itu KEYMAN? “istilah yang digunakan khusus untuk pekerja penting atau eksekutif…”

326
0

 

Apa itu KEYMAN? “istilah yang digunakan khusus untuk pekerja penting atau eksekutif…”

Definisi: Keyman (pekerja utama) adalah istilah yang digunakan khusus untuk pekerja penting atau eksekutif yang merupakan teras kepada operasi perniagaan dan kematian, kecacatan atau ketiadaannya dapat menjejaskan dan mengakibatkan kerugian kepada syarikat atau organisasi.

Penerangan: Sesetengah perniagaan mempunyai pergantungan yang berlebihan terhadap eksekutif tertentu kerana beliau adalah orang yang sangat penting dalam kelancaran operasi perniagaan. Pekerja ini dikelasifikasikan sebagai keyman, ketiadaannya boleh menyebabkan kerugian besar terhadap perniagaan tersebut.

Atas sebab ini, syarikat memilih polisi insurans/takaful keyman yang memberikan perlindungan terhadap kerugian yang disebabkan oleh kematian atau kecacatan secara tiba-tiba ‘keyman‘. Polisi jenis ini secara alternatif disebut sebagai key person coverage, key employee coverage dan sebagainya.

Syarikat atau perniagaan itu adalah penerima (waris) sekiranya berlaku musibah yang dilindungi insuran/takaful dan premium insurans atau sumbangan takaful dibayar oleh syarikat atau organisasi, sama seperti perbelanjaan perniagaan yang lain.

Kebiasaannya polisi insurans/takaful jenis tradisional menjadi pilihan untuk perlindungan ‘keyman’ kerana ianya lebih ekonomik berbanding dengan insuran/takaful pelaburan, endowmen dan lain-lain.

Nasihat: Ambil perlindungan insurans atau bagi umat Muslim wajib memilih takaful mengikut KEPERLUAN PERLINDUNGAN bukan mengikut keperluan atau kata-kata ejen semata-mata, kebiasaan ejen profesional tahu bagaimana untuk memberi khidmat nasihat terbaik kepada pelanggan-pelanggan mereka.

**************************

Oleh: Baharim Sukari

Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.