Home Education & Training Apakah faedah-faedah yang mendorong berlakunya pembelian?

Apakah faedah-faedah yang mendorong berlakunya pembelian?

107
0

 

Apakah faedah-faedah yang mendorong berlakunya pembelian?

Oleh: Kamri Kamaruddin

Apabila seseorang pelanggan membeli sesuatu keluaran atau perkhidmatan ia membelinya dengan tujuan mendapat faedah dari apa yang dibelinya. Ini bermakna  bahawa sesuatu keluaran tersebut perlulah mempunyai faedah yang utama kepada pelanggan. Walaupun begitu tujuan pembelian oleh pelanggan bukanlah semata-mata untuk mendapatkan faedah utama sahaja tetapi juga mungkin faedah-faedah tambahan yang boleh didapati dari sesuatu keluaran.

FAEDAH YANG DIINGINKAN OLEH PELANGGAN

1. Faedah Utama

(Contohnya komputer Riba)

Menyelesaikan tugasan rasmi (membuat kerja-kerja dirumah). Oleh sebab komputer riba dapat digunakan untuk pelbagai tujuan, ia juga dapat digunakan oleh anaknya untuk mempelajari tentang komputer atau hiburan: maka ia akan memperoleh faedah tambahan.

2. Faedah Sampingan

(Contohnya komputer Riba)

Komputer tersebut boleh digunakan oleh rakan sekerja, pelanggan atau anak-anak dan ahli keluarga lain.

3. Faedah Tidak Nyata

Meninggikan imej seseorang pelanggan iaitu apabila ia memiliki barang tersebut maka dia akan merasakan dirinya adalah lebih tinggi daripada orang yang tidak memiliki barang tersebut.

Dari contoh ini ternyatalah bahawa apabila kita merancang sesuatu keluaran yang bakal kita pasarkan, kita perlulah mengambil kira beberapa faedah yang boleh ditawarkan kepada pelanggan. Kita akan menekan kepada faedah-faedah yang boleh didapati oleh pelanggan bila menjalankan pemasaran dan jualan nanti.  Ini bermakna bila kita menjual sesuatu keluaran atau perkhidmatan kita sepatutnya  menjual faedahnya dan bukan aspek fizikal keluaran tersebut.

Faedah tersebut bukan sahaja terhad kepada keluaran asas sahaja tetapi juga termasuk bungkusan, jaminan, imej dan sebagainya.

 

Oleh: Kamri Kamaruddin

Perunding Latihan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.