Home Education & Training Apa itu Jualan Langsung? Ramai yang belum jelas

Apa itu Jualan Langsung? Ramai yang belum jelas

5360
1

 

Apa itu Jualan Langsung? Ramai yang belum jelas

Jualan Langsung

Pengenalan

“Jualan Langsung” ertinya jualan pintu ke pintu, jualan pesanan pos dan jualan melalui transaksi elektronik mengikut pengertian Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993 ini ATAU perkhidmatan yang dijalankan dengan cara berikut:

a) Jualan barang ATAU perkhidmatan dengan cara;
pergi dari satu tempat ke satu tempat selain suatu tempat perniagaan yang tetap; atau membuat panggilan telefon.

b) Mencari orang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi barang atau perkhidmatan; dan

c) Kemudian membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan tujuan mewujudkan kontrak pembelian.

Jenis Pelan Pemasaran Perniagaan Jualan Langsung

Terdapat tiga jenis pelan pemasaran di bawah perniagaan jualan langsung iaitu:

a) Berbilang Tingkat (Multi Level Marketing Plan)
Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar – untuk mengedar barangan syarikat;
Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus / insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus).

b) Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan)
Syarikat akan melantik wakil jualan / ejen jualan dan membayar gaji / komisen /gabungan gaji dan komisen atas jumlah jualan yang dibuat; dan
Wakil jualan / ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik / menaja wakil jualan/ejen jualan lain

c) Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order) Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos atau apa-apa kaedah penghantaran yang lain termasuk secara elektronik.

Sumber KPDNKK
https://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk/pembangunan-industri-jualan-langsung/

 

Cara Memohon Lesen Jualan Langsung

Semua permohonan BAHARU dan PEMBAHARUAN Lesen Jualan Langsung perlulah mengikut senarai semak permohonan seperti yang dilampirkan di dalam laman sesawang Kementerian (www.kpdnkk.gov.my). Hanya permohanan yang lengkap sahaja yang akan diproses untuk pertimbangan. Permohonan hendaklah mematuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

Kelayakan

Pemohon hendaklah terdiri dari syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Modal Berbayar

KategoriBukan 100% Bumiputera100% Bumiputera
Pemasar Berbilang TingkatRM1,500,000RM500,000
Pemasaran Satu TingkatRM500,000RM100,000
Jualan Pesanan PosRM500,000RM100,000
Syarikat yang mempunyai pemilikan asingRM5,000,000RM5,000,000

Sumber KPDNKK

Kaedah

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.