Home Dkhair Program Jalinan Kasih Aidilfitri, Anak-anak Yatim Dan Asnaf Menerima Pakaian Raya

Program Jalinan Kasih Aidilfitri, Anak-anak Yatim Dan Asnaf Menerima Pakaian Raya

61
0

 

Program Jalinan Kasih Aidilfitri, Anak-anak Yatim Dan Asnaf Menerima Pakaian Raya

Oleh Baharim Sukari

BANGI – Seramai 60 orang anak yatim dan asnaf dari Sekolah Kebangsaan Kajang Utama, Kajang berpeluang membeli belah pakaian Hari Raya Aidilfitri di Butik D’Khair Collection, Bangi Gateway Mall.

Program Jalinan Kasih Aidilfitri ini adalah hasil usaha dan anjuran Panitia Pendidikan Islam & Unit Kebajikan Murid SEKATA dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa SK Kajang Utama.

Program turut mendapat sokongan Tuan Hj Abu Khair Yahya pemilik Butik D’ Khair Collection dengan memberikan potongan khas 70% dan 50% ke atas pakaian yang dipilih oleh anak-anak tersebut.

Anak-anak yatim dan asnaf dibantu oleh para guru memilih pakaian raya di D’Khair Collection
Wakil guru menguruskan pembayaran ke atas pembelian Program Jalinan Kasih Aidilfitri
Cuba dahulu! OK baru beli
Tuan Sabaruddin Abu Bakar dua dari kanan Guru Beasar SK Kajang Utama menyampaikan sijil penghargaan kepada Tuan Hj Abu Khair di perkarangan Bangi Gateway Mall

Menurut Abu Khair, butiknya D’Khair Collection setiap tahun menerima banyak program-program seperti ini. “Saya memberi sokongan penuh terhadap usaha guru-guru yang prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, usaha ini dapat menghiburkan hati anak-anak tersebut dalam menyambut hari raya nanti.”

Sebelum ini D’Khair Collection juga memerima kunjungan 40 orang anak-anak yatim dan asnaf pada 4 Jun dari Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar, Bangi dan 10 orang pada 5 Jun dari Sekolah Kebangsaan Presint 8 Putrajaya.

Anak-anak yatim dan asnaf dari Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar, Bangi kegembiraan selepas mendapat pakaian Hari Raya Aidilfitri
Anak-anak yatim dan asnaf dari Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar, Bangi kegembiraan selepas mendapat pakaian Hari Raya Aidilfitri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.