Home News Bangi Menjadi Distinasi Pilihan Baju Raya

Bangi Menjadi Distinasi Pilihan Baju Raya

604
0

Bangi Menjadi Distinasi Pilihan Baju Raya

oleh Baharim Sukari

BANGI – Sempena hari cuti umum (Wesak) hari ini, orang ramai mengambil peluang untuk membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi dengan mengunjungi pusat-pusat membeli-belah.

Kali ini Majalah MindaNiaga (MN) meninjau pusat membeli-belah di Bangi Gateway Mall. Seawal jam 10.00 pagi di saat peniaga-peniaga buka kedai, orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke kedai-kedai di sini.

Bandar Baru Bangi di kebelakangan ini menjadi destinasi pilihan orang ramai yang ingin membeli pakaian kerana wujudnya kedai-kedai dan butik-butik pakaian di sini.

Di Bangi Gateway Mall sahaja terdapat banyak kedai-kedai pakaian yang menawarkan pelbagai fesyen dan jenama tempatan.

Hasil tinjauan MN, pengunjung-pengunjung yang ditemui bukan sahaja datang dari kawasan sekitar malah dari kawasan luar Bangi.

AB Rahman bersama isteri dari Port Dickson tidak ketinggalan untuk membeli belah di Bangi Gateway
Junaidah dan keluarga dari Semenyih Selangor membeli belah sempena cuti umum memilih untuk tidak membeli di saat-saat akhir
Husna bertugas di D’Khair Collection memberikan layanan mesra terhadap pelanggannya
Abg Wan (kiri) di kedainya (Ana Afya) menjual pelbagai tudung dan selendang sebagai pilihan pelanggannya
Butik D’Khair Collection antara kedai yang mendapat sambutan ramai
Pengunjung sedang mencuba pakaian di Butik D’Khair

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.