Home Inspirasi Niaga Mira Firzana ingin miliki label sendiri

Mira Firzana ingin miliki label sendiri

153
0

 

Mira Firzana ingin miliki label sendiri

oleh NURULASYIKIN TUAN MUSTAPHA

Sekali imbas seperti nama pelakon gemersik Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah, ditambah lagi dengan persamaan perwatakan yang mengenakan hijab sebagai kewajipan seorang muslimah, Amira Firzana Johari, 21 tahun, memulakan perniagaan dalam bidang tekstil, menjadikan kewajipan wanita yang beragama Islam iaitu hijab sebagai perniagaannya.

Bukan sahaja menjadikan keperluan dan kewajipan wanita Islam untuk menutup aurat sebagai punca memilih menjalankan perniagaan tudung bawal dan selendang, tetapi berpendapat bahawa perniagaan jenis ini tidak akan hilang ditelan zaman dan akan berterusan mengikut peredaran zaman yang akan sentiasa mendapat sambutan masyarakat.

Memegang etika kejujuran terhadap pelanggan dalam menjalankan perniagaan, gadis yang lebih mesra disapa Ana ini berhasrat untuk memiliki butik serta hijab keluaran labelnya sendiri dan dapat meluaskan perniagaan lebih jauh lagi.

Antara koleksi byMiraFirzana

Beliau yang bermula sebagai agen dropship di laman media sosial Instagram dan mempunyai darah ahli perniagaan memudahkan beliau untuk mengukuhkan nama dalam bidang perniagaan yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibubapanya sendiri baik dari segi bimbingan mahupun bantuan kewangan. Siapa tahu tudung yang dijual bermula harga RM10 mampu meraih pendapatan mencecah RM2k sebulan.

Sungguhpun sudah beroperasi selama dua tahun dalam mengusahakan perniagaan hijab, gadis yang berasal dari pantai timur Malaysia ini tidak lari daripada cabaran dalam menjalankan perniagaan, di mana beliau pernah menghadapi kesukaran mendapatkan kepercayaan pelanggan dan persaingan yang sengit dalam bidang ini atas faktor penjualan produk yang sama.

Mira Firzana menggayakan koleksi tudung yang dijual

“Saya berasa seronok apabila berkecimpung dalam dunia perniagaan kerana saya berasa gembira dan bersyukur dapat memberi dan menjual barang yang berkualiti serta memuaskan hati para pelanggan”, ujar beliau yang bersemangat meneruskan usahanya dalam bidang perniagaan sungguhpun pernah mengalami kesukaran menguruskan kewangan semasa awal pembabitannya dalam bidang ini.

Mira Firzana pernah menyertai Carboot Sale di R&R Hentian Paka

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.