Home Beauty & Health Khasiat Kunyit Hitam – Kajian oleh MARDI menghasilkan produk kesihatan…

Khasiat Kunyit Hitam – Kajian oleh MARDI menghasilkan produk kesihatan…

14393
0
Mohamad dan Dr Zuraida menunjukkan produk Black G Nutrima by Mardi.

 

Khasiat Kunyit Hitam – Kajian oleh MARDI menghasilkan produk kesihatan yang memberi kesan positif

KUNYIT hitam atau nama saintifiknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.

Lazimnya, kunyit hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional untuk masalah kesihatan berkaitan kanser, ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)  melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.

Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.

“Apabila kami mendapatkan pokok induk kunyit hitam, kami memulakan projek dengan meminta dana RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10) daripada MARDI bagi tujuan pembiakan secara kultur tisu pada awal 2010.

“Selepas kejayaan menghasilkan anak benih kunyit hitam, kami di Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi mengenal pasti kandungan bioaktif fitokimia semula jadi yang bernilai tinggi dalam kunyit hitam. Bioaktif ini mampu membantu dan memulih kesihatan tubuh badan,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, hasil kajian itu berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.

Katanya, bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Menurutnya, dia dan pasukannya melakukan R&D selama lima tahun bagi keseluruhan pembangunan produk bermula daripada penghasilan anak pokok kultur tisu.

Mengulas berhubung pokok kunyit hitam, Dr Zuraida berkata, ciri-ciri tumbuhan herba itu berwarna ungu hitam dan kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja digunakan.

Kajian selama dua tahun

Selepas kejayaan penghasilan benih pokok dan penyelidikan terhadap kandungan bioaktif fitokimia dalam kunyit hitam, MARDI bersama syarikat swasta, Black G Sdn Bhd menjalin kolaborasi R&D bagi membangunkan produk berasaskan kunyit hitam.

Dr Zuraida berkata, dia dan pasukannya membangunkan produk itu selama hampir dua tahun bagi menghasilkan ekstrak dan seterusnya produk yang berkualiti.

“Kami melakukan penyelidikan inovasi ini bagi memastikan kandungan bioaktif fitokimia yang merupakan komponen utama di dalam kunyit hitam tersebut tidak hilang ketika proses penghasilan produk.

“Oleh itu, kami menggunakan pendekatan bioteknologi untuk menghasilkan produk ini, agar khasiatnya tidak hilang,” ujarnya.

Katanya, produk kunyit hitam ini telah difailkan di bawah MARDI menerusi harta intelek dalaman.

Menurutnya, empat produk Black G ini menggunakan 100 peratus ekstrak kunyit hitam asli. Walau bagaimanapun, ada beberapa produk yang turut ditambah bahan lain bagi membantunya memberi kesan yang lebih pantas.

“Antaranya, minuman kesihatan Health Therapy yang ditambah dengan bahan lain iaitu biji anggur.

“Produk-produk ini ada yang telah diluluskan dan dalam proses kelulusan Kementerian Kesihatan serta status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Black G turut menerima Anugerah Produk Paling Inovatif dan Anugerah Emas pada Pameran Sains dan Teknologi MARDI, September lalu.

Teroka pasaran tempatan

Black G Sdn Bhd bakal meneroka pasaran tempatan secara agresif bermula tahun ini menerusi jenama Black G Nutrima by MARDI.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Jusoh berkata, setakat ini, jualan produk berasaskan atas talian (online) dan boleh didapati di beberapa kedai buku SMO di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kami juga menerima permintaan tinggi bagi ejen tetapi kami perlu memilih ejen yang faham tentang produk ini.  Buat masa ini, kami masih dalam proses pemilihan ejen di seluruh negara,” katanya.

Black G Nutrima by MARDI kini mempunyai empat kategori produk iaitu kopi, minuman kesihatan, minuman tenaga dan kapsul dijual dengan harga bermula RM15 sehingga RM100.

Black G Nutrima by MARDI akan dirasmikan pada 14 November ini sempena Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi (Confertech) 2017 di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, Johor.


Sumber: Sinar Harian Online, 9 November 2017

 

Tempahan secara online klik di sini… http://mnshop.com.my/product-tag/BLACK-G/

atau hubungi segera… 017-327 2878

BLACK GINGER PLUS LIQUID / Health Therapy – Support optional, wellness & recoveryHarga: RM120.00

Kandungan: Black Ginger, Grape Seed Extract & Honey

  • Kandungan antioksidan yang tinggi.
  • Mencegah sakit lutut dan sendi.
  • Melancarkan pengaliran darah.
  • Mengurangkan risiko osteoporosis.

Cara Pengambilan: 5ml (satu sudu kecil) sehari.

* Penggunaan mengikut sukatan, satu botol untuk 50 hari.

 

klik di sini…  www.wasap.my/60173272878/nakbeli_blackG

Tempahan secara online klik di sini… http://mnshop.com.my/product-tag/BLACK-G/

BLACK GINGER 400mg CAPSULE
Best treatment & prevention for healthHarga: RM120.00Kandungan: Black Ginger Extract

  • Antioksidan yang baik.
  • Melancarkan pengaliran darah.
  • Mempunyai kesan anti obesiti.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  • Membantu mengawal penyakit berkaitan keradangan: gout, alahan/alergik dan ulser mulut/ulser perut.

Cara Pengambilan:
 1 biji sehari sebelum sarapan.
 1 botol mengandungi 30 biji kapsul.

klik di sini… www.wasap.my/60173272878/nakbeli_blackG_Capsule

Tempahan secara online klik di sini… http://mnshop.com.my/product-tag/BLACK-G/

 

BLACK GINGER 400mg CAPSULE PlusHarga: RM120.00

Kandungan: 50% Black Ginger + 50% Ganoderama

  • Antioksidan yang baik.
  • Melancarkan pengaliran darah.
  • Mempunyai kesan anti obesiti.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  • Membantu mengawal penyakit berkaitan keradangan: gout, alahan/ alergik dan ulser mulut/ ulser perut /diabetes/ nyah toksid/ ekzema.

Cara Pengambilan:

1 biji sehari sebelum sarapan.
1 botol mengandungi 30 biji kapsul.

klik di sini… www.wasap.my/60173272878/nakbeli_blackG_Capsule

Tempahan secara online klik di sini… http://mnshop.com.my/product-tag/BLACK-G/

 

ENER-G Plus/ Booster
Natural ways to feel more energized Harga: RM65.00Kandungan: Black Ginger + Maca + Apple + Dates

  • Membekal tenaga secara optimum.
  • Melancarkan sistem perkumuhan.
  • Menyejukkan badan.
  • Mengurangkan risiko sakit otot dan meningkatkan kekuatan otot.

Cara Pengambilan:
 1 sachet dilarutkan dengan 500ml air. (Air minuman/sejuk)
 1 – 2 sachet sehari.

klik di sini… www.wasap.my/60173272878/nakbeli_blackG_energybooster

Tempahan secara online klik di sini… http://mnshop.com.my/product-tag/BLACK-G/

 

BLACK G COFFEE
Tasty, delicious & refreshingHarga: RM45.00Kandungan: Brazilian Arabica Coffee + Black Ginger + Ganoderma
*Campuran Kopi Arabika Brazil gred Premium bersama Black Ginger dan Ganoderma.

  • Membekalkan tenaga dan mengurangkan kelesuan.
  • Mengelakkan migrain.

Cara Pengambilan:
*1 sachet kopi bersama 150ml air panas.

klik di sini… www.wasap.my/60173272878/nakbeli_blackG_coffee

Tempahan secara online klik di sini… http://mnshop.com.my/product-tag/BLACK-G/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.