Home Inspirasi Niaga DARI KEBUN TERUS KE DAPUR

DARI KEBUN TERUS KE DAPUR

554
0

 

DARI KEBUN TERUS KE DAPUR

oleh Sqistyna Izzaatie Binti Zamari  (sqistyna.upm@gmail.com)

SERI KEMBANGAN, 8 Mac 2018 – Faiznur ‘Iffah Pydi selaku Pengurus Pemasaran Rimbun Sekebun. Rimbun Sekebun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan servis menyediakan laman dan menjual peralatan berkebun bertapak di Seri Kembangan, Selangor. Pegawai-pegawai kami terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang aktiviti kebun moden. menggalakkan masyarakat untuk menanam sendiri tanaman mahupun sayuran yang digunakan untuk keperluan dapur. Justeru, Rimbun Sekebun menawarkan jualan dan perkhidmatan berkaitan berkebun khususnya taman dapur.

Rimbun Sekebun mula beroperasi sejak 1 Januari 2018. Sebelum itu, Cik ‘Iffah bersama dua orang lagi sahabatnya telah mempunyai pengalaman dalam bidang keusahawanan melalui tiga syarikat yang berbeza. Dua tahun kemudian, mereka bertiga bersepakat untuk menubuhkan Rimbun Sekebun sebagai sebuah syarikat baru yang bebas daripada kecendorongan kepada satu pihak. Rimbun Sekebun mempunyai tiga orang pelabur yang mempersetujui beberapa perjanjian dan melalui pelabur-pelabur tersebut, Rimbun Sekebun mendapatkan modal untuk menjalankan perniagaan.

Kata beliau, pada awalnya minat beliau bukanlah dalam bidang pertanian tetapi bidang keusahawanan. Latar belakang keluarga beliau pula, kedua-dua ibu bapa menjalankan perniagaan restoran manakala bagi adik-beradik tiada yang terlibat dengan bidang keusahawanan. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang pertanian sejak sekolah iaitu dua tahun dari sekolah, Diploma dalam bidang Pertanian selama tiga tahun serta Ijazah Sains Hortikultur selama empat tahun di Universiti Putra Malaysia. Sumber inspirasi beliau untuk meneruskan perniagaan Rimbun Sekebun ini adalah penyelia Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) beliau sendiri iaitu Dr. Muhammad Nazmin Bin Yaapar. Penyelianya telah memberikan pelbagai dorongan dan sokongan, input serta cadangan untuk beliau memajukan perniagaannya.

Beliau menekankan bahawa media sosial merupakan platform utama bagi beliau mempromosikan perniagaannya. Beliau akan melakukan berbagai-bagai jenis promosi untuk mendapatkan perhatian masyarakat. Selain itu, beliau juga telah melakukan suatu perjanjian bersama media iaitu TV Al-Hijrah untuk melaksanakan siaran langsung sebanyak dua kali sebulan tentang hebahan Rimbun Sekebun. Cik ‘Iffah menyatakan sasaran pembeli bagi perniagaan Rimbun Sekebun sememangnya untuk masyarakat yang meminati bidang pertanian. Bagi menanam sayuran dan pokok herba, tidak semestinya memerlukan ruang yang luas. Teknik yang betul dan ilmu tentang asas tanaman mampu untuk menikmati hasil tanaman sendiri di ruang yang terhad. Rimbun Sekebun membekalkan bahan dan alatan berkebun, biji benih berkualiti, anak pokok, tanah campuran dan sebagainya untuk mereka yang gemar menanam tanaman di rumah.

Rimbun Sekebun menyediakan perkhidmatan taman dapur seperti pemasangan dan penyediaan. Penyelenggaran laman juga ditawarkan seperti memotong rumput, membaja dan lain-lain. Rimbun Sekebun juga mengendalikan seminar, taklimat atau bengkel sebagai contoh, Bengkel Asas Berkebun Kebun Bandar, Modul Kanak-kanak iaitu Kebun Cilik Ceria, Rekabentuk Taman Dapur, Hidroponik dan Fertigasi. Rimbun Sekebun juga menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM50 dan kawasan Serdang dalam lingkungan 10km. Tambahan caj penghantaran RM1.00 per kilometer di kawasan Bangi, Putrajaya, Kajang dan Lembah Klang. Pilihan pokok laman dapur atau herba seperti serai, pandan, kesum, pegaga, kari, limau purut, mulberi dan lain-lain hanya dari RM5.00. Selain itu, anak pokok yang sedia untuk pemindahan seperti cili, tomato, bendi, terung, kobis dan lain-lain hanya dari RM2.00 sepokok bergantung kepada stok.

Harapan beliau pada masa akan datang adalah untuk menubuhkan Rimbun Pesona iaitu menghasilkan seni fesyen seperti perniagaan tudung dan baju yang berkonsepkan keindahan alam semulajadi. Seterusnya, Rimbun Rencana iaitu menyediakan buku-buku Pertanian berbahasa Melayu dengan mengolah buku-buku Pertanian bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Buku Hidpronik bakal dikeluarkan dan dijual di Pesta Buku bertempat di Putra World Trade Centre pada masa akan datang.

Sebarang tempahan atau pertanyaan dialu-alukan untuk menghubungi Rimbun Sekebun melalui laman sesawang rasmi www.rimbunsekebun.my, emel admin@rimbunsekebun.my, akaun media sosial Facebook (Rimbun Sekebun: Malaysia) dan Instagram (Rimbun Sekebun), aplikasi WhatsApp ke 010-344 3794 (Cik Embun) atau langsung ke No. 9, Jalan 1/6, Taman Kembangsari, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Kami bergambar bersama Cik ‘Iffah (kanan) dengan tanaman Rimbun Sekebun

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.