Video Zizi Kirana Promote Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2018

918
0

 

Ramadhan dah dekat, jomlah cari tempat berbuka yang sedap dan berbaloi.

Makan Kat Mana? kali ini bersama Zizi Kirana membawa anda ke pratonton bufet ramadhan di BGR Restaurant, Bangi.

BGR Restaurant dari kegemaran ramai, kambing bakar hinggalah ke masakan telur yang berbelit lidah nak sebut – Sous Vide Egg, Bangi Golf Resort Restaurant menawarkan lebih 200 menu tempatan, asia, barat dan fusion untuk para tetamu.

Bermula dari hanya RM59 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak, BGR menjamin bahawa kesemua hidangan akan sentiasa ada selagi masih ada yang menjamu selera.

BGR Restaurant juga akan menyumbang kepada Islamic Relief Malaysia dan Food Aid Foundation, jadi anda bukan sahaja menjamu selera, malah menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Bangi Golf Resort Restaurant, No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

Untuk tempahan dan pertanyaan:

HUBUNGI ATIKAH 012-343 1375

HUBUNGI ATIKAH 012-343 1375

HUBUNGI ATIKAH 012-343 1375

Bermula dari hanya RM59 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak, BGR menjamin bahawa kesemua hidangan akan sentiasa ada selagi masih ada yang menjamu selera.

BGR Restaurant juga akan menyumbang kepada Islamic Relief Malaysia dan Food Aid Foundation, jadi anda bukan sahaja menjamu selera, malah menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

13 Fakta Patut Tahu Mengenai Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

1. Disahkan HALAL
Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.

2. Nilai untuk Wang Anda!
Terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, Restoran BGR akan sekali lagi menawarkn lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web bermula dari serendah RM 59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak.

3. Sajian Eksklusif
Tetamu boleh nantikan wadah masakan popular yang akan menonjolkan Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta Kway Teow goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka
.

Kambing bakar pasti menjadi tarikan utama.

4. Hidangan Barat Moden
Nikmati sajian eksklusif restoran BGR di seksyen Barat, yang menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Untuk hidangan yang lebih tradisional, kegemaran keluarga seperti Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.

5. Masakan Melayu dan Tradisional
Menonjolkan bahan mentah yang di tanam sendiri di “Kebun dalam Bandar” berlokasi di dalam premis Bangi Golf Resort sendiri, cef akan menuai sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika Bufet Ramadhan. Nantikan Nasi Kerabu, nasi yang dihidangkan dengan ulam yang ditanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun sendiri.

Juga tidak ketinggalan, tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang dibuat dari mula yang kami pasti akan memenuhi citarasa anda.

6. Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna
Mengguna pakai teknologi terkini dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan ayam telah dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus yang hebat. Nasi yang empuk dan diperkaya dengan lemak ayam, menjadikannya berkilau dan penuh rasa.

Melengkapkan pengalaman ini adalah sos bawang putih & halia serta cili yang pasti akan menggoda anda untuk mendapatkan tambahan kali kedua. Tidak dilupakan juga, kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan juga rekaan baru BGR Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

7. Pelbagai Pencuci Mulut
Di Restoran BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Di Bufet Ramdhan BGR terdapat Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato yang disediakan segar dengan perasa durian dan bungan kantan akan sekali lagi disediakan.

Seleksi pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk 2018 ini yang pasti akan meninggalkan kenangan manis. Anda pasti tidak tahu mahu memilih apa dari seleksi seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse.

Antara pencuci mulut di Buffet Ramadhan BGR Restaurant

8. Harga Istimewa Untuk Durian!
BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24  (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. HUBUNGI ATIKAH 012-343 1375

9. Persembahan Secara Langsung
Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula 6.30pm hingga 9.30pm.

10. Tempat Letak Kereta Percuma
Lebih 800 lot parkir disediakan Restoran BGR buat tetamu.

11. Surau di sediakan
Ruang solat yang luas buat tetamu.

12. Buat Baik!
Sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

13. Suka Makan Benci Pembaziran
Memenuhi janji untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatakan mana-mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Bangi Golf Resort Restaurant

No. 1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.

Untuk tempahan dan pertanyaan

TEMPAH SEKARANG!
HUBUNGI ATIKAH
012-343 1375

HUBUNGI ATIKAH 012-343 1375

HUBUNGI ATIKAH 012-343 1375

HUBUNGI ATIKAH 012-343 1375

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.