Home Inspirasi Niaga Tiada Alasan Untuk Berjaya, Graduan Menceburi Bidang Perniagaan e-Ticketing

Tiada Alasan Untuk Berjaya, Graduan Menceburi Bidang Perniagaan e-Ticketing

294
0
Pemilik UPM e-ticketing centre Aizat Mokhtar

 

Tiada Alasan Untuk Berjaya, Graduan Menceburi Bidang Perniagaan e-Ticketing

oleh Aqilah Binti Abdul Kudus 

SERDANG – Sikap minat berniaga yang terdapat dalam diri seorang pemuda yang berasal dari Kelantan ini telah mendorong dirinya menjalankan perniagaan e-ticketing yang bertempat di Kompleks Akademik A dan Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia. Beliau ialah Mohammad Aizat bin Mokhtar berusia 25 tahun yang merupakan bekas graduan UPM, bachelor Agribusiness, Fakulti Pertanian. Selain daripada perniagaan e-ticketing, beliau turut menjalankan perniagaan kereta sewa dan pencetakan.

Waktu perjalanan bas yang terdapat di UPM E-Ticketing Centre
Peralatan bidang percetakkan yang dijalankan oleh Aizat
Pelbagai jenis kereta yang disediakan untuk dijadikan kereta sewa

Beliau turut berkongsi pengalaman perniagannya sewaktu kecil apabila sering mengikuti bapanya berniaga di pasar pagi. Pada waktu tersebut, beliau telah ditugaskan untuk mengangkat barang dan mengira duit sahaja. Minat beliau yang mendalam terhadap dunia perniagaan terus dipupuk sehingga beliau menyambung pelajaran di Asasi UPM. Sewaktu belajar di Asasi, beliau telah menjual pelbagai jenis barangan seperti keropok ikan dan barangan perhiasan wanita. Keropok ikan tersebut telah dibawa dari Kelantan yang merupakan tempat lahirnya. Namun begitu, penjualan keropok ikan tersebut hanya memberikan pulangan yang sedikit sahaja.

Perniagaan beliau yang terkenal dengan nama UPM e-ticketing center yang telah berusia 3 tahun sering mendapat sambutan yang hangat terutamanya penjualan tiket bas dan kereta sewa yang mampu memberikan keuntungan kasar hampir RM10,000 setahun. Beliau telah memiliki 16 buah kereta yang disediakan untuk perkhidmatan kereta sewa. Selain itu, perkhidmatan pencetakan yang disediakan khas untuk pelajar UPM turut memberikan pulangan yang lumayan. Perniagaan beliau yang semakin maju menyebabkan beliau mampu mengajikan empat orang pekerja untuk menguruskan pemasaran dan menguruskan jual beli tiket. Beliau turut berpendapat, minatnya menjual tiket bas disebabkan bidang tersebut kena dengan jiwanya walaupun beliau pernah mencuba pelbagai jenis perniagaan yang lain sebelum ini.

Namun begitu disebalik kejayaannya kini tersembunyi seribu kepahitan yang tidak akan dapat beliau lupakan. Pelbagai cabaran yang telah beliau tempuhi dalam dunia perniagaan pada usia yang muda. Cabaran besar yang beliau perlu hadapi sewaktu belajar ialah pengurusan masa yang amat sukar untuk dibahagikan antara belajar dan menguruskan perniagaannya yang. Selain itu, beliau pernah mengalami cabaran apabila terpaksa menanggung segala kerugian sewaktu menjalankan perniagaan menjual tiket bas catar pada tahun 2014. Bas yang telah dijanjikan tidak sampai tepat pada waktunya. Justeru itu, beliau telah kehilangan kepercayaan daripada para pelanggan tetapnya.

Semangatnya yang tidak pernah putus asa, beliau telah bangkit daripada kegagalan kepada kejayaan yang telah dicapai pada hari ini. Berbekal hasil keuntungan menjual tiket bas catar, beliau telah membuka perkhidmatan perniagaan e-ticketing, kereta sewa dan pencetakan yang mampu meraih pelanggan seramai 10,000 ribu orang pada tahun 2017. Sokongan dan dorongan daripda keluarga menyebabkan perniagaan beliau mampu bertahan sehingga ke hari ini.  Selain itu, sokongan daripada pihak CEM yang banyak membantu beliau dari segi menyediakan tapak berniaga dan seminar keusahawan dapat mengukuhkan prestasi perniagaan beliau yang semakin terkenal terutama di sekitar negeri Selangor.

Harapan beliau terhadap hala tuju perniagaannya pada masa akan datang ialah beliau ingin memgembangkan lagi perniagaanya dengan membuka lebih banyak kedai di sekitar UPM atau luar UPM. Beliau juga berhasrat untuk mengeluarkan lebih banyak kereta sewa untuk mengembangkan lagi perniagaannya yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelajar. Seterusnya, kata-kata semangat yang beliau kongsikan kepada bakal usahawan yang ingin memulakan perniagaan ialah mereka hendaklah mempunyai ilmu yang secukupnya dalam pelbagai bidang agar lebih arif menguruskan perniagaan kelak. Berbekalkan ilmu tersebut, kita tahu bagaimana baik dan buruknya sesuatu tindakkan untuk menguruskan sebuah perniagaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.