Home Inspirasi Niaga “OMBAK EXCLUSIVE” SEMAKIN MENJADI TUMPUAN

“OMBAK EXCLUSIVE” SEMAKIN MENJADI TUMPUAN

1320
0
Pemilik Ombak Exclusive, Shaick Saifullah bin Jehangir Ali

 

“OMBAK EXCLUSIVE” SEMAKIN MENJADI TUMPUAN

Oleh Nurul Atikah binti Mohd Rosli

SERDANG – Memiliki sebuah kedai sendiri bukanlah mudah seperti yang disangka. Dengan hasil titik peluhnya ketika berada di Universiti dahulu, beliau dapat membuktikan bahawa setiap kesusahan ada kejayaannya. Shaick Saifullah bin Jehangir Ali atau mudah di kenali sebagai Shaick telah mempunyai kedai baju sendiri ketika berusia 22 tahun. Kedai yang diberi nama sebagai Ombak Exclusive itu, telah beroperasi semenjak 2015 dan kini telah bertapak di kawasan Sri Serdang berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia.

Pengalaman ketika berada di sebuah Universiti dahulu, banyak memberi motivasi kepada beliau untuk melakukan perniagaan. Dengan hanya menjual kacang dan juga topup sebagai duit poket, beliau mencuba untuk menjadi ejen t-shirt printing untuk rakan-rakan ketika berada kolej. Ekoran dari itu, beliau melihat peluang penjualan t-shirt printing ini lebih cerah dan mudah untuk dilakukan. Dengan berbekal kan duit hasil penjualan topup, kacang dan juga ejen t-shirt printing, beliau tekad untuk memulakan perniagaannya sendiri.

Produk Pakaian dipamerkan bagi tujuan pemilihan oleh pelanggan Ombak Exclusive

Sejak tahun 2016, Ombak Exlusive hanya mempunyai satu sasaran utama iaitu pelajar sahaja. Kini, sasarannya telah melonjak naik bukan hanya kepada pelajar tetapi juga kepada usahawan-usahawan dan juga syarikat korporat. Selain itu juga, Ombak Exclusive kini mempunyai pelanggan tetap di seluruh Malaysia dan juga beberapa negara asing seperti Indonesia. Seperti perniagaan lain, Ombak Exclusive juga mempunyai ejen dan juga dropship di seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak. Hasil daripada penjualan ini, Ombak Exclusive semakin dikenali sehingga sekarang. Perniagaan Ombak Exclusive ini bukan sahaja menjual t-shirt, malah perniagaan ini berkembang dengan menjual barangan cenderahati dan menerima tempahan dari luar.

Dalam bidang perniagaan, mestilah mempunyai cabaran dan halangan yang akan dihadapi. Begitu juga bagi pemilik Ombak Exclusive ini. Beliau berpegang kepada SOP (Standard Operating Procedure) untuk mengendalikan pekerja-pekerja seramai 17 orang dalam syarikat. Beliau berkata, “bukan mudah untuk mengendalikan setiap pekerja. Dengan adanya SOP, setiap pekerja tahu bagaimana untuk mengendalikan sesuatu tugasan”. Menjadikan kedua ibubapa dan tunang sebagai pendorong utama, beliau merasakan segala urusan haruslah teliti dan tersusun supaya memudahkan kerja sehariannya. Dalam pada itu, beliau juga membuat jadual rutin harian untuk mendisplinkan diri supaya setiap tugasan yang dilakukan adalah sempurna dan tidak bertindih di kemudian hari.

Pemilik Ombak Exclusive ini telah 3 tahun berada dalam dunia keusahawanan. Bermula dari bawah, beliau sentiasa mengharapkan sinar berada di hadapan. Semangat beliau dalam dunia usahawan amat tinggi sehingga beliau mengharapkan perniagaan Ombak Exclusive ini setaraf dengan nama-nama syarikat besar dalam bursa saham. Tambahan lagi, seperti usahawan yang lain, alumni dari Universiti Putra Malaysia ini juga mempunyai harapan dan juga impian untuk membantu para pekerja dalam syarikat Ombak Exclusive untuk menjadi pemegang saham. Beliau berharap, setiap harapan dan impian akan dikecapi pada 10 tahun akan datang.

Menjadikan “do it now or never” sebagai prinsip hidup, pemilik Ombak Exclusive ini berkata “jika kita buat sesuatu, kita perlu teruskan sehingga berjaya dan jangan tinggalkan tugasan separuh jalan”. Tambah beliau lagi, beliau berharap kata-kata prinsip beliau ini akan memberi semangat dan kekuatan dalam diri seseorang usahawan untuk generasi akan datang.

Jika berminat untuk membuat tempahan t’shirt dan juga cenderahati, ikuti mereka di laman sosial Instagram @ombakexclusive dan Facebook OMBAK Exclusive.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.