Home Education & Training 5 SUMBER PENTING DALAM PERNIAGAAN – Pengurusan yang baik dapat menjamin perkembangan...

5 SUMBER PENTING DALAM PERNIAGAAN – Pengurusan yang baik dapat menjamin perkembangan dan keuntungan perniagaan

16334
0

 

5 SUMBER PENTING DALAM PERNIAGAAN – Pengurusan yang baik dapat menjamin perkembangan dan keuntungan perniagaan

Oleh: Baharim Sukari

******************************

1. Sumber Kewangan

Sumber kewangan merupakan unsur yang paling penting dalam memulakan perniagaan bagi pembiayaan atau modal penubuhan perniagaan. Seawal penubuhan perniagaan itu sendiri memerlukan sumber kewangan, kos-kos asas dalam penubuhannya termasuklah kos pendaftaran firma perniagaan, pendaftaran line telefon, air, business card, sewaan pejabat/ bangunan dan lain-lain kos pengurusan atau keperluan pejabat.

Sumber kewangan boleh diperolehi dari pelbagai sumber, yang paling mudah adalah dari akaun peribadi pengasas syarikat. Secara alternatif, pinjaman dan kredit boleh diberikan dari institusi kewangan, rakan dan saudara-mara, agensi-agensi kerajaan seperti Amanah Ikhtiar, Mara, TEKUN, PUNB dan sebagainya.

2. Sumber Manusia

Kejayaan sesebuah organisasi sangat bergantung kepada bakat dan kekuatan pekerjanya. Pengambilan tenaga profesional berpengalaman dengan rekod kecemerlangan dalam bidang kepakaran mereka memastikan bahawa misi dan matlamat syarikat akan dijalankan dengan cekap dan kompeten. Ahli pasukan yang kuat boleh dibangunkan menggunakan pelbagai kaedah.

Kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam Sumber Manusia adalah;
a) Kemahiran Teknikal – kemahiran ini perlu dalam operasi seperti mengendalikan mesin, pembungkusan, pengendalikan system IT dan lain-lain. Kemahiran ini boleh dipelajari dari institusi-institusi kemahiran atau melalui latihan di tempat kerja.

b) Kemahiran Kemanusiaan – dalam apa jua organisasi kemahiran ini sangat penting dalam berurusan samada pekerja/ usahawan dengan pelanggan atau pekerja dengan ketua, ketua dengan pekerja dan sesama rakan sekerja. Dengan adanya kemahiran kemanusiaan ini segala urusan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.

c) Kemahiran Pengurusan Masa – Berkomitmen dan berdisiplin dengan jadual yang telah dibuat adalah merupakan perkara yang penting dalam memastikan kejayaan sesuatu projek atau kerja. Penanguhan projek/ kerja boleh mengakibatkan kerugian kepada sesebuah perniagaan, kesan dari penangguhan boleh menyebabkan gangguan terhadap kerja-kerja yang seterusnya dan paling kritikal adalah perniagaan tersebut boleh kehilangan pelanggan.

d) Kemahiran Konsep – Kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan. Seseorang yang mempunyai kemahiran konsep yang baik dapat melihat perkaitan antara setiap jabatan dan bahagian dalam organisasi. Kemahiran konsep sukar untuk dibangunkan kerana ianya melibatkan cara pemikiran seseorang.

e) Kemahiran Membuat Keputusan – Setiap keputusan yang diambil perlulah mengambil kira segala sudut atau faktor dan yang paling penting adalah kesan dari keputusan yang akan diambil. Situasi yang paling mencabar dalam membuat keputusan apabila dalam berdepan dengan kontingensi (peristiwa atau perkara yg berlaku di luar jangkaan).

3. Sumber Pendidikan

Perkara yang paling besar yang boleh dilakukan oleh usahawan ketika membuat perniagaan baru adalah untuk memperoleh pendidikan sebanyak mungkin. Dengan memahami konsep perniagaan, mengetahui persaingan dan memperoleh pengetahuan mendalam mengenai industrinya, dia akan lebih bersedia untuk membuat keputusan yang lebih bijak mengenai arah firmanya. Sumber pendidikan boleh didapati melalui institusi-institusi yang menawarkan kos perniagaan atau kursus-kursus anjuran agensi kerajaan atau swasta.

4. Sumber Fizikal

Sama ada perniagaan kecil di rumah, kedai runcit mahupun firma yang besar, setiap organisasi mesti mempunyai sumber fizikal yang sesuai untuk bertahan. Ini termasuk ruang kerja yang sesuai, talian telefon yang berfungsi dengan baik, sistem maklumat yang mencukupi dan bahan pemasaran yang berkesan. Aspek perancangan perniagaan ini boleh menjadi sesuatu yang paling bernilai. Oleh itu, adalah penting untuk seorang usahawan menilai secara realistik keperluannya sebelum melakukan pembelian.

5. Sumber Emosi

Menceburi dunia perniagaan seseorang itu pasti akan berdepan dengan cabaran-cabaran yang besar, ini boleh menyebabkan mereka sangat tertekan. Untuk mengekalkan usahawan itu tetap bermotivasi dan bersemangat, penting bagi mereka mempunyai orang-orang seperti ahli keluarga, rakan-rakan, saudara-mara, mentor atau kumpulan profesional yang dapat memberi inspirasi dan bimbingan yang diperlukannya.

******************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.