Home Automotive DRB-HICOM keluarkan lori Tata pertama menjelang suku ketiga

DRB-HICOM keluarkan lori Tata pertama menjelang suku ketiga

435
0

 

DRB-HICOM keluarkan lori Tata pertama menjelang suku ketiga

SHAH ALAM, 5 April (Bernama) — DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn Bhd (DHCV), pengedar kenderaan komersil Tata Motor di Malaysia, dijangka mengeluarkan lori pertama menjelang suku ketiga 2018 di bawah program model pemasangan tempatan (CKD).

Ketua Pegawai Operasi DRB-HICOM untuk Pengedaran Automotif, Pertahanan, Pengeluaran dan Kejuruteraan, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata syarikat itu yakin dapat memasang kenderaan komersil Tata yang berkualiti tinggi di kompleks pemasangan di Pekan, Pahang.

“Kita belum lagi memulakan (program CKD) tetapi telah pun mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan, termasuk, yang paling utama, ibu pejabat Kumpulan DRB-HICOM sendiri.

“Pada suku ketiga tahun ini, unit pertama CKD Tata akan dikeluarkan melalui kilang kami di Pekan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran lori komersil baharu, Tata Super Ace dan dua varian Tata Ultra di Setia Alam hari ini.

Turut hadir ialah ketua Perniagaan Antarabangsa (Kenderaan Komersil) Tata Motors Ltd, Rudrarup Maitra dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Mridul Kumar…..untuk berita penuh sila klik di sini

BERNAMA

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.