Home Event Support RAIKAN MINGGU SAINS NEGARA 2018 DI SETIAP NEGERI 1 hingga 7 April...

RAIKAN MINGGU SAINS NEGARA 2018 DI SETIAP NEGERI 1 hingga 7 April 2018

183
0

 

RAIKAN MINGGU SAINS NEGARA 2018 DI SETIAP NEGERI 1 hingga 7 April 2018

MINGGU SAINS NEGARA adalah anjuran Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) yang berlangsung dari 1 hingga 7 April adalah acara tahunan yang
disambut bermula 2018.

YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berucap pada Pelancaran Minggu Sains 2018 di Pusat Sains Negara.

Padat dengan pelbagai pengisian dan aktiviti, sambutan sepanjang minggu ini berlangsung serentak di 13 lokasi seluruh negara dengan lokasi utamanya di Pusat
Sains Negara, Kuala Lumpur.

Penganjuran minggu atau hari sains ini telah dilaksanakan di beberapa buah negara maju seperti United Kingdom, Kanada dan Norway. Manakala negara seperti India
dan Thailand memperuntukkan satu hari sahaja bagi sambutan hari sains.

Penganjuran program Minggu Sains Negara ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education,
Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun.

Antara aktiviti-aktiviti di setiap lokasi:

1. STEM Quiz
Sebanyak 4 set soalan disediakan yang merangkumi sains dan kehidupan.

2. STEM Live Experiments
Contoh aktiviti:
Eksperimen mudah “Oren: Terapung Atau Tenggelam?” untuk menerangkan konsep daya apungan.

3. STEM Fun Games
Permainan menggunakan peralatan untuk menanam minat terhadap STEM.

4. STEM Challenge
Contoh aktiviti:
i) Bina menara setinggi mungkin menggunakan straw dalam masa yang ditetapkan dan mengikut syarat yang ditetapkan.
ii) Buat bakul sampah dari sekeping pinggan kertas dan sehelai kertas A4. Selepas itu, uji ketahanan bakul tersebut dengan meletakkan pemberat yang bersesuaian.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Akmal Tujad 0129075372 akmaltujad@mosti.gov.my

(Dari Kiri ke Kanan) YBhg Datuk Kua Abun; Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan & Pengkomersialan, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya; Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan YBhg Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul; Timbalan Ketua Setiausaha Sains Tekonologi dan Inovasi semasa gimik perasmian dan Pelancaran Minggu Sains 2018
(Tengah dari kiri) YBhg Datuk Kua Abun; Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan & Pengkomersialan, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya; Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan YBhg Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul; Timbalan Ketua Setiausaha Sains Tekonologi dan Inovasi sedang bergambar bersama para pemenang Anugerah Khas STEM, Anugerah Juruteknologi Negara dan Anugerah Saintis Muda Negara di Majlis di Pelancaran Minggu Sains 2018.
YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merasmikan Minggu Sains Negara Kelantan dalam upacara flag off Minggu Sains Negara Kelantan di Pintu Utama Pusat Sains Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.