Home Economy Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

107
0

 

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — Ringgit terus kukuh untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) didorong minat belian baharu terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 3.8520/8560 berbanding mata wang negara maju itu daripada 3.8620/8650 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata unit tempatan kekal dalam kecenderungan meningkat disokong oleh pasaran bon tempatan yang stabil.

“Bagaimanapun pilihan raya umum Malaysia merupakan cabaran tempatan seterusnya, kita dapat menyaksikan aliran luar pesisir yang berkurangan, paling lazim berlaku menjelang mana-mana pilihan raya serantau namun, pasaran dijangka kekal stabil dalam julat semasa,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Beliau berkata memandangkan harga minyak mentah diniagakan kukuh selain sentimen serantau yang bertambah baik, ringgit sewajarnya terus meraih sokongan daripada faktor domestik dan luaran yang positif….untuk berita penuh sila klik di sini

BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.