Home Inspirasi Niaga NANG ORI Sarawak produk berasaskan lada hitam berkualiti mendapat permintaan tinggi

NANG ORI Sarawak produk berasaskan lada hitam berkualiti mendapat permintaan tinggi

1991
1

 

NANG ORI Sarawak produk berasaskan lada hitam berkualiti mendapat permintaan tinggi

**********************************

Dapatkan Produk-produk Nang Ori secara online: http://mnshop.com.my/product-tag/NANG-ORI/

**********************************

Kesempitan hidup bukanlah faktor penghalang kepada bangkitnya wanita cekal dari Borneo, Awaeang anak Kwasin (40). Seorang usahawanwanita Bidayuh darikawasan Padawan, Sarawak. Lebih mesra dikenali sebagai Awin, beliau merupakan seorang insan yang sangat bercita-cita tinggi dan bermatlamat untuk melakukan yang terbaik dalam segala hal. Beliau berpendidikkan  Diploma Akauntasi dari Politeknik Kuching dan Ijazah Sarjana MudaPengurusan dari USM Pulau Pinang.

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang pengurusan sumber manusia sejak dari tahun 2005. Dalam masa yang sama beliau turut mengusaha dan membekal lada hitam Sarawak secara kecil-kecilan kepada beberapa kedai, restoran tempatan dan online.

Awin (kanan) bersama ibunya tidak melupakan tradisi keturunan mereka

Berasal dari keluarga petani dan membesar dengan hasil lada hitam member semangat kepada Awin ingin meneruskan perjuangan ibubapa dan orang kampong untuk terus memajukan produk lada hitam dengan jenama Nang Ori ketahap yang lebih berkualiti dan berdayasaing.

JOEYEES VENTURES & JOEYEES TRADING merupakan 2 buah syarikat 100 peratusbumiputera, yang mana Puan Awin merupakan tunjang utamanya. Kedua-dua Syarikat ini adalah gabungan antara pengeluar dan pemborong, pemborong dan pembekal lada Sarawak secara lading persendirian mahupun kerjasama dengan pekebun-pekebun di sekitar kawasan pendalaman. Syarikat ini ditubuhkan untuk mengeluar produk dan mengeksport lada Sarawak secara pukal atau pembungkusan (packaging) serta perkhidmatan jual beli kepada pelanggan-pelanggan. Justeru itu syarikat ini mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan.

Nang Ori merujuk kepada Bahasa Melayu Sarawak yang membawa maksud produk yang memangasli. Nang bermaksud “Memang”manakala Ori membawa maksud “Asli” (original). Slogan ini memberi erti bahawa Lada Hitam Joeyees memang produk yang betul-betul asli dan berasal dari negeri Sarawak.

Kejayaan menguruskan syarikat berasaskan pertanian dan industry asas tani bukan satu perkara mudah kerana ia memerlukan kesabaran, ketekunan, kegigihan, karenah pelanggan dan sebagainya. Joeyess Ventures dan Joeyess Trading dibantu oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Lada Malaysia dalam bentuk nasihat dan sebagainya sehingga berjaya ketahap sekarang.

Ditanya tentang perancangan masa hadapan, Awin memberitahu dia ingin membesarkan perniagaannya dan mempelbagai jenis produk dibawah jenama Nang Ori selain meningkatkan kualiti pembungkusan bagi menarik minat pengguna sesuai dengan keadaan semasa yang memerlukan perubahan.

Awin sentiasa mempromosi produk keluaranya bagi memastikan jenama Nang Ori dikenali

“Darisegi promosi, kita banyak mengiklan produk ini di media social seperti facebook dan laman sesawang. Selain hebahan melalui radio dan TV,  kita juga mencetak ribuan flyers untuk edaran melalui expo-expo dan carnival barangan halal  yang dianjurkan setiap tahun. Kaedah promosi ini mengikut peredaran masa dan iklan kita ini mudah dijumpai oleh pelanggan”, katanya.

Selanjutnya Awin menjelaskan antara cabaran paling getir yang dihadapi adalah keadaan ekonomi yang tidak stabil serta membabitkan kos pengeluaran dan kuasa membeli yang tidak menentu.

Ketika kenaikan harga bahan mentah yang ketara sejak akhir-akhir ini, Awin menjelaskan bekalan bahan berkenaan diperolehi dari lading kontrak dan kenaikan itu diminimumkan sebaik mungkin.

“Kita perlu bijak memainkan peranan dalam soal kenaikan harga kerana produk keluaran Joeyess Trading memang mengenakan harga berpatutan” katanya.

“Selepas memperoleh bahan mentah dari ladang,  bahan mentah akan diproses. Setiap bahan mentah yang diproses memerlukan kawalan mutu yang sangat ketat bagi memastikan ianya bersih, segar dan berkualiti’, kata Awin lagi.

“ Saya sudah lali dengan pelbagai dugaan dan cabaran dunia perniagaan dan cara mengatasinya ialah meminimumkan kos pengeluaran sebaik mungkin serta tidak menaikkan harga jualan”, ujar beliau.

Pasaran Masa Hadapan

Beliau berharap agar produk-produk jenama Nang Ori keluaran Joeyess Trading ini diterima oleh semua golongan kerana ia tidak mempunyai bahan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan. Disamping itu, pengguna boleh menggunakan produk ini sebagai cenderahati untuk majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.

“Selain menghasilkan produk berasaskan lada hitam dan lada putih, JoeyessTrading juga turut menghasilkan Minyak Urut Lada Hitam yang kini sedang hangat dipasaran. Kami juga berhasrat untuk mempelbagaikan produk lain seperti Gambir Sarawak dan produk makanan tradisional negeri Sarawak seperti Kek Lapis Sarawak, Kuih Cincin, Belacan Bintuludan lain-lain bagi mengurangkan persaingan dengan pengusaha lain yang semakin bertambah”, katanya sambil menambah produknya telah memasuki pasaran Singapura dan Brunei.

Dengan dibantu oleh 4 pengurus dan 23 pekerja (Sarawak dan Semenanjung), Awin menjelaskan syarikatnya berada dalam keadaan selesa dan berhasrat untuk memasarkan produknya ke pasaran antarabangsa, selain pasaran sedia ada. Kini, Jenama Nang Orisudah pun menembusi pasaran hyper market  terkemuka tempatan.

Pelanggan Dalaman

Bila ditanya tentang bagaimana hubungan beliau dengan kakitangannya, Awin berkata, “Pekerja merupakan aset dan pelanggan dalaman yang paling berharga yang membawa kepada kejayaan syarikat.  Kebajikan mereka perlu dijaga dengan sebaik-baiknya dan sewajarnya mereka mendapat kemudahan yang terbaik dari syarikat seperti rawatan kesihatan, latihan untuk peningkatan kualiti kerja dan motivasi diri, elaun, kenaikan gaji, hadiah harijadi, kenaikan pangkat dan yang paling penting bonus tahunan”.

Jelas beliau lagi, “apabila organisasi pandai menjaga kebajikan pekerja maka pekerja tidak berkira untuk berkerja bersungguh-sungguh demi kebaikan bersama menyumbang bakti kepada pembangunan organisasinya”.

“Kepada usahawan-usahawan baru yang ingin menceburi perniagaan, nasihat saya berusaha dengan bersungguh-sungguh dan cekal menghadapi segala cabaran, yakin dengan apa yang diusahakan di samping berdoa. Kita perlu jujur dan amanah dalam perniagaan. Sentiasa menepati janji dan yang paling penting pastikan bekalan yang kita perolehi adalah halal. Saya yakin dengan bantuan dan sokongan agensi kerajaan mampu membantu meningkatkan perniagaan kita menjadi lebih besar” katanya lagi.

Jenama Nang Ori kini sudah berada di tahap membuat keuntungan selepas lebih 3 tahun penubuhannya. Prestasi memberansangkan ini akan diteruskan dengan perancangan syarikat untuk meluaskan lagi operasi kilang serta perkhidmatan lain yang akan digembleng dengan lebih baik.

Kini, Nang Ori menyediakan jualan lada Hitam & Lada Putih Sarawak secara pukal ikut permintaan pelanggan seperti: 1kg, 5kg, 10kg, 25kg, 100kg ke 1 tan mahupun 1 Kontena. Promosihanya RM30.00 sekilo untuk Lada Hitam Sarawak dengan percuma penghantaran untuk kawasan Klang Valley.

 

Oleh Baharim/Kamri

**********************************

Dapatkan Produk-produk Nang Ori secara online: http://mnshop.com.my/product-tag/NANG-ORI/

**********************************

 

Produk-produk Terbaik Nang Ori Lada Hitam Sarawak

Kini anda boleh dapati dengan lebih mudah… online sahaja!!! penghantaran, kami akan uruskan… untuk maklumat lanjut tentang produk Nang Ori dan pembelian, sila klik pada gambar-gambar produk di bawah.

Minyak Urut (Sembur) Lada Hitam – Nang Ori

Minyak Urut Lada Hitam – Nang Ori

Nang Ori – GEL SENDI dengan pati lada hitam

Nang Ori – Lada Hitam (Biji) 60g Pengisar

Nang Ori – Lada Hitam (Biji) 80g

Nang Ori – Lada Hitam (Kasar) 80g

Nang Ori – Lada Hitam (Serbuk) 80g

Nang Ori – Lada Putih (Biji) 60g Pengisar

Nang Ori – Lada Putih (Biji) 80g

Nang Ori – Lada Putih (Serbuk) 80g

?Ingat Sarawak, Ingat Nangori
?Memang berbaloi

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.