Home Photography & Image Studio HADIAH BERNILAI RM6000 MENJADI REBUTAN – PERTANDINGAN FOTOGRAFI “I WAS @ BERAPIT”

HADIAH BERNILAI RM6000 MENJADI REBUTAN – PERTANDINGAN FOTOGRAFI “I WAS @ BERAPIT”

1221
1
HADIAH BERNILAI RM6000 MENJADI REBUTAN – PERTANDINGAN FOTOGRAFI “I WAS @ BERAPIT”

DAFTAR PENYERTAAN ANDA KLIK DI SINI

INTRO

Adalah menjadi tanggungjawab semua manusia menjaga struktur dan keindahan muka bumi ini daripada dimusnah oleh gejala kecuaian manusia. Bagi mengekal dan memulihara alam sekitar, berbagai cara dan kaedah boleh diguna pakai untuk meningkatkan rasa tanggung jawab kita terhadapnya. Justeru, keindahan dan kebersihan tempat-tempat menarik akan menjadi kebanggaan negara kita.

Pertandinganfotografi ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia (WASM) akan isu komuniti prihatin dengan memberi fokus utama kepada komuniti bagi menzahirkan idea kreatif dan inovatif untuk merakamkan kelestarian alam di samping memulihara alam persekitaran dari rosak atau tercemar.

OBJEKTIF & MATLAMAT PERTANDINGAN 

  • Memberikan pendidikan alam sekitar serta kesedaran berterusan tentang pemuliharaan struktur langskap dan segala eko-sistemnya dengan lebih sistematik supaya khazanah alam ini boleh kekal indah dan bersih selamanya.
  • Merakamkan secara visual keindahan warisan alam sekitar dalam bentuk digital (soft copy) agar imej-imej tersebut mudah menulardi dalam dan luar negara melalui internet atau peranti komunikasi seperti Facebook dan Instagram.
  • Menggalakkan penglibatan kreatif dari pihak awam dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses kelestarian alam sekitar tersebut.
  • Usaha ini akan memberi faedah kepada semua yang terlibat dan memberi impak yang baik di atas industri pelancongan terutamanya eko-pelancongan (eco-tourism), keindahan alam semulajadi serta penduduk tempatan.
  • Pertandingan ini akan menjadikan BUKIT BERAPIT sebagai mempelopori usaha rakaman imej pemuliharaan tapak dan kawasan sejarah serta semua eko-sistemnya agar ianya boleh dikekalkan.

KONSEP I was @ Berapit

I WAS merupakan abreviasi kepada Imej Warisan Alam Sekitar.

@ adalah simbol internet yang bermaksud ‘berada di’.

Sekilas pandang, I WAS @ juga merupakan perkataan bahasa Inggeris yang lazim digunakan yang membawa maksud ‘saya telah berada di…”

Konsep I was @ Berapit juga dapat mempromosi kawasan Terowong Bukit Berapit, Perak sebagai kawasan rekreasi yang sedang membangun, namun tetap memelihara alam sekitar sebagai tarikan pelancong dan khazanah warisan budaya negeri Perak.

TARIKH & LOKASI

Tarikh : 3hb. Mac, 2018 (Sabtu)

Tempat : TEROWONG BUKIT BERAPIT, PADANG RENGAS, PERAK

 

CIRI-CIRI PANORAMIK LOKASI

Bukit Berapit merupakan satu kawasan tanah tinggi yang menjadi pembahagi antara Bukit Gantang (dan kawasan sekitarnya seperti Matang, Taiping, Trong, Kamunting dan lain-lain) dengan Padang Rengas dan Kuala Kangsar. Bukit Berapit juga berada di sempadan antara Daerah Kuala Kangsar dan Larut Matang. Kelebihan panorama Bukit Berapit kerana di sini terdapat air terjun yang cntik dan sungai yang betul-betul di tepi jalan utama memudahkan para pengunjung untuk mandi manda atau berkelah.

KATEGORI

  1. Seni Alam Semulajadi (lanskap, air & flora)
  • imej merangkumi pemandangan persekitran samada panorama angkasaraya, hutan tropika atau lanskap bukit bukau, mahupun kawasan perairan seperti sungai dan tasik.
  • Imej juga boleh memaparkan krisis alam sekitar seperti pencemaran yang hanya boleh memberi impak positif ke arah kesedaran apabila audien melihat imej tersebut
  • Katerogi ini tidak termasuk haiwan
  1. Haiwan (darat, udara atau air)
  • imej merangkumi haiwan mamalia atau reptilia, binatang liar, binatang berkepak, serangga mahupun binatang akuatik (berada di dalam air).
  • Imej boleh dipaparkan secara estetik dengan teknik penggambaran yang kreatif seperti speed motion untuk haiwan yang bergerak pantas.
  1. Portraiture
  • imej melibatkan talen atau model sebagai foreground dan alam sekitar sebagai background.
  • Kewujudan talen atau model hendaklah jelas hubungkait beliau dengan latar belakang persekitaran dengan mesej yang positif tentang warisan alam sekitar.
  1. Abstrak
  • Seni fotografi boleh dieksperimentasi melalui manipulasi imej seperti teknik grafik superimpose / stitch menggunakan photoshop atau filter effect pada foto seperti warna saturasi sepia.

 

TEMA: Kelestarian Alam

SYARAT PERTANDINGAN I WAS @ BERAPIT

  • Pertandingan fotografi ini terbuka kepada umum dan para pelajar. Peserta hendaklah mendaftar secara online di borang yang disediakan di pautan ini “klik BORANG PENDAFTARAN” (samada pelajar, individu mahupun bersekutu). Pendaftaran untuk pelajar dan individu adalah percuma hanya untuk pertandingan ini dan terhad sehingga 3 Mac 2018 sahaja.
  • Seorang peserta hanya dibenar menghantar sehingga 3 penyertaan maksimum mengikut kategori, tetapi HANYA yang terbaik dari setiap kategori yang akan dinilai oleh para juri dari segi konsep, estetika, judul dan kapsyen/ deskripsi imej.
  • Karya yang dihantar mestilah menepati tema pertandingan iaitu 
“Kelestarian Alam” dan disertai judul serta kapsyen penceritaan mengenai foto tersebut (antara 20-50 patah perkataan).
  • Gambar foto mestilah karya asli samada terus dari lensa ataupun imej yang telah dimanipulasi secara digital. Peserta dikehendaki untuk menghantar kordinasi lokasi GPS di mana foto itu diambil (GPS boleh didapati melalui peranti Whatsapp, Wayze atau Google map)
  • Sebarang medium kamera yang digunakan adalah BEBAS asalkan resolusi imej melebihi 8 megapixles dengan resolusi yang tinggi (boleh guna DSLR atau kamera dari telefon pintar).
  • Karya yang diciplak sama samada sebahagian atau sepenuhnya dari mana-mana sumber secara elektronik atau cetak akan dibatalkan.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan
 yang mungkin diambil oleh mana-mana pihak terhadap karya yang diciplak.
  • Semua gambar hendaklah dihantar secara digital beresolusi tinggi dalam format .jpg dengan saiz data melebihi 1.2MB dimuatnaik ke portal http://iwascontest.wasm.org.my/
  • Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan, iaitu 1) lanskap alam sekitar (dalam air, udara, darat), 2) Haiwan (dalam air, udara, darat), 3) Portraiture (melibatkan model sebagai foreground) dan 4) abstrak.
  • Untuk kategori portraiture, talen/model adalah inisiatif jurufoto sendiri. Pemarkahan tidak dipengaruhi oleh paras rupa/ bentuk fizikal model tetapi mesej yang ingin disampaikan
  • Teknik manipulation hanya terpakai bagi kategori Abstrak sahaja sekiranya manipulasi terlampau melibatkan teknik grafik serta kesan-kesan khas yang terdapat pada perisian grafik seperti Photoshop. Namun manipulasi asas seperti saturation, sharpness atau color correction dibenarkan bagi setiap kategori
  • Hadiah tidak mengikut kategori (kesemua gambar adalah dipertandingkan secara keseluruhan), tetapi akan ada anugerah khas gambar paling banyak dapat undian media sosial
  • Gambar boleh dihantar mulai 1hb Mac 2018 dan tutup pada 3 Mac 2018 jam 11:59am dengan cara memuatnaik ke website: iwascontest.wasm.org. Namun, peserta sudah boleh berdaftar terlebih dahulu mulai sekarang
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang komen/ rayuan tidak akan dilayan. Tindakan tatatertib dari pertubuhan akan diambil jika didapati ahli meletak komen negatif secara viral di media sosial.
  • Semua karya yang dihantar untuk pertandingan ini akan menjadi
hak milik penganjur.
  • Semua kos berkaitan dengan penghasilan karya ditanggung oleh peserta.

Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab sekiranya karya
yang dihantar tidak sampai, hilang atau masalah ralat teknikal semasa penghantaran.

DAFTAR PENYERTAAN ANDA KLIK DI SINI

Untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp ke no 011-2305 2830 atau 017-3007878

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.