Home Beauty & Health Pelbagai Khasiat Bawang Putih Untuk Penjagaan Kesihatan

Pelbagai Khasiat Bawang Putih Untuk Penjagaan Kesihatan

332
0

 

Pelbagai Khasiat Bawang Putih

Assalammualaikum wbt, dalam post kali ni, kami nak share kan sedikit sebanyak Khasiat Bawang Putih. Ramai yang kata baunya sangat menyengat, ada yang suka dan ada yang sebaliknya. Walaubagaimana pun, bawang putih sememangnya mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mungkin disebabkan baunya yang mengancam, ramai yang tak ambil tahu apa khasiat bawang putih ni, jadi jom kita baca untuk mengetahui apakah khasiat atau manfaat bawang putih ini…

PELBAGAI KHASIAT BAWANG PUTIH

1. Mencegah Pembekuan Darah

Bawang putih mempunyai sifat ‘pembersih’ dan ini membantu dalam membersihkan arteri dan vena sekaligus melancarkan aliran darah. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan nitric oxide di dalam darah yang akan membantu melebarkan pembuluh darah dan melarutkan darah yang beku.

2. Mencegah Kanser

Bawang putih membantu sistem imunisasi tubuh kita dan memiliki sifat melawan kanser secara semulajadi. Bawang putih mampu mencegah berbagai jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara, kanser prostat dan sebagainya. Bawang outih juga dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh kita. Kajian dari The National Cancer Institute juga menyarankan agar mengamalkan bawang putih bagi mengurangi risiko untuk mendapat kanser.

3. Membantu Dalam Melawan Jangkitan

Bawang putih mengandungi allicinvitamin cB6kaliumkalsiumseleniummagnesium dan flavonoid untuk melawan jangkitan kerana kandungan tersebut, dapat membunuh bakteria dan virus.

4. Menstabilkan Bacaan Gula (Diabetes)

Bawang putih membantu untuk meningkatkan insulin dalam darah, dan sangat baik untuk diambil sebagai suplimen. Selain itu, bawang putih juga dapat membantu mengendalikan faktor-faktor lain yang akan menyebabkan diabetes, seperti kadar kolesterol, lemak di dalam pembuluh darah, tekanan darah tinggi dan juga sakit jantung. Dengan itu, bawang putih sangat efektif dalam menurunkan tekanan darah serta melambatkan perkembangan aterosklerosis sekaligus, meningkatkan kesihatan secara keseluruhan pada mereka yang mengidap diabetes. Ini juga membuktikan betapa Angio Jus sangat membantu mereka yang mempunyai penyakit tiga serangkai, inshaaAllah dengan mengamalkan Angio Jus secara konsisten, ia dapat menurunkan kadar kolesterol, menstabilkan bacaan tekanan darah dan menurunkan bacaan gula di dalam darah.

5. Mencegah dan Memulihkan Kerosakan Hati

Banyak Faktor yang menyebabkan kerosakan hati atau penyakit hepatitis. Di antaranya adalah virus, bakteria, parasit, bahan kimia, ubat-ubatan dan alkohol yang berlebihan. Bawang putih bersifat hepatoprotektif dan anti-bakteria, jadi ia dapat mencegah dan memulihkan kerosakan hati. Selain dari ubatan yang diberi oleh doktor, bawang putih boleh diambil sebagai suplimen kepada mereka yang mempunyai kerosakan hati atau hepatitis.

6. Mencegah Alzheimer

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Missouri, memnunjukkan bahawa bawang putih dapat menghalang kerosakan sel otak yang disebabkan oleh stres. Bawang putih tidak hanya membantu melambatkan proses penuaan, tetapi ia terbukti sangat efektif untuk mencegah penyakit otak seperti alzheimer dan parkinson.

7. Mengurangi Risiko Serangan Jantung

Kandungan allicin yang terdapat di dalam bawang putih mampu menurunkan kadar kolesterol dan menstabilkan tekanan darah dan juga mencegah dari penyakit jantung dan strok. Dengan ini, bawang putih dapat meningkatkan kesihatan jantung kita. Jadi tidak hairanlah, Angio Jus dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan sekaligus meningkatkan kesihatan jantung anda, ini adalah kerana bawang putih adalah salah satu bahan yang ada di dalam Angio Jus.

8. Menurunkan Bacaan Kolesterol

Meskipun hanya dalam jangka masa yang pendek, bawang putih dapat menurunkan kadar kolesterol jika diamalkan secara konsisten. Ini adalah kerana kandungan antioksidan yang ada di dalam bawang putih mampu mencegah terjadinya kolesterol dan kerosakan di dalam pembuluh darah disebabkan radikal bebas pada lapisan arteri.
Oleh itu, walaupun bawang putih mempunyai bau dan rasa yang menyengat, ia sangat baik untuk kesihatan keseluruhan. Dengan pelbagai khasiat dan manfaat bawang putih ini, tiada lagi alasan untuk menghindarinya. Bawang putih juga adalah salah satu dari bahan yang ada di dalam Angio Jus, dan ia sememangnya terbukti membantu dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka yang mengidapi penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes dan bacaan tekanan darah yang tinggi.
Demikian sharing post dari kami untuk kali ini, semoga ia bermanfaat untuk anda semua.
Kami sangat alu-alukan anda semua untuk share post ini dan kita berharap agar ia sampai kepada mereka yang memerlukan ? inshaaAllah..
Angio Jus minuman kesihatan!!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.