Home Beauty & Health Tauke Jamu Cik Siti Wan Kembang – Jamu Mek Rapat

Tauke Jamu Cik Siti Wan Kembang – Jamu Mek Rapat

1047
0
Jamu Mek Rapat

By Suzilawani Mustapha / lekkace@gmail.com

“Tauke Jamu Cik Siti Wan Kembang”

 oleh Suzilawani Mustapha

Bercerita mengenai jamu, timbul pelbagai tanggapan negatif di benak fikiran sesetengah masyarakat yang meragui kebekesanannya namun berbeza dengan seorang usahawanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Puan Farida binti Sudin atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Momy Daa. Beliau berani mengambil risiko mengetengahkan produk jamu jenama beliau sendiri iaitu “Jamu Mek Rapat” kerana yakin dengan  khasiat jamu yang mampu dikomersialkan secara meluas.

Jamu yang sinonim dengan masyarakat Indonesia, merupakan campuran bahan-bahan herba dan semulajadi tanpa bahan kimia berfungsi untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah dalaman golongan wanita.

Berasal dari Bandar Baru Bukit Bunga dan kini menetap di Pasir Mas, pengalaman beliau berniaga bukan setahun dua tetapi sejak dari usia remaja lagi. Berlatarbelakangkan keluarga peniaga, beliau sememangnya sudah terdedah dengan dunia keusahawanan dari usia yang muda lagi. Sering membantu perniagaan kedai makan keluarga semasa di zaman persekolahan dahulu,menjadi salah satu pendorong untuk beliau keluar dari kepompong keselesaan beliau selepas berkahwin dengan  mencuba berniaga produk orang lain pada tahun 2013 selama dua tahun. Pada tahun tersebut juga, beliau dan suami dikurniakan dengan cahaya mata pertama, namun begitu beliau tidak pernah menganggap anak sebagai bebanan malahan merupakan batu loncatan untuk beliau terus maju dalam dunia perniagaan.

 

Pengasas Jamu Mek Rapat, Puan Farida binti Sudin

Bermula secara kecil-kecilan dengan menjual produk orang lain, akhirnya pada tahun 2015 beliau muncul dengan produk jenama sendiri iaitu ‘’Frida Skincare’’ namun begitu kecintaan terhadap dunia jamu tidak pernah dilupakan. Pengalaman berkolaborasi, berniaga produk jamu sahabat beliau menguatkan lagi iltizam beliau untuk turut memiliki produk jamu sendiri. Potensi produk jamu yang mampu membantu 1001 masalah wanita secara alami dan selamat menyakinkan beliau untuk turut menapakkan diri dalam dunia perniagaan jamu.

Pada bulan Ogos 2017 yang lalu, Momy Daa memperkenalkan Jamu Mek Rapat, ibu muda berusia 28 tahun ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami beliau iaitu Mohd Noor Hafiz untuk terus melebarkan sayap dalam dunia perniagaan jamu. Pengalaman menjadi platform yang mematangkan Momy Daa untuk fokus dan memberikan keutamaan kepada produk jamu beliau di samping produk-produk lain. Salah satu sebab beliau begitu nekad untuk terus berniaga jamu adalah kerana beliau berpegang kepada prinsip teguh yang disematkan dalam diri beliau, hasrat beliau adalah untuk membantu golongan para wanita yang bermasalah bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman.

Keistimewaan Jamu Mek Rapat ada pada namanya yang unik dan bersifat tempatan. Perkataan “Mek” merupakan gelaran bagi golongan wanita di Kelantan dan “Rapat” sinonim dengan bahagian intim kaum wanita.  Tidak dinafikan apabila menjual produk bahagian intim wanita, sesetengah masayarakat memandang serong dan menganggap hal tersebut sensitif namun masalah di bahagian intim wanita ini bukan suatu perkara yang boleh dipandang enteh.

Jelas Momy Daa, pengambilan jamu sebagai supplemen kesihatan bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah di kawasan intim wanita bahkan mencegah masalah kesihatan yang lain. Kandungan Jamu Mek Rapat yang diperkayakan dengan bahan-bahan herba seperti daun Mas Cotek yang berfungsi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal dan mengukuhkannya. Selain daripada itu, khasiat Mas Cotek mampu menyembuhkan dan membetulkan kerosakan urat saraf.

Hebatnya Jamu Mek Rapat terdapat pada fungsinya yang tidak ada pada mana-mana produk jamu yang lain. Kegunaan “2 in 1” Jamu Mek Rapat sememangnya luar biasa dengan fungsi dalaman dan luarannya.  Jamu yang biasa hanya  boleh dimakan atau dimasukkan ke dalam bahagian intim tetapi  Jamu Mek Rapat bukan sahaja merangkumi fungsi kegunaan dalaman bahkan boleh digunakan sebagai pencuci bahagian intim wanita.

Cara pengambilan Jamu Mek Rapat adalah sebanyak dua biji  sehari samada dikunyah, dihisap atau ditelan sebagaimana cara pengambilan secara “insert” atau memasukkannya ke dalam bahagian intim wanita manakala bagi kegunaan luaran pula, Jamu Mek Rapat haruslah direndam ke dalam air suam sebanyak empat hingga lima biji selama beberapa minit sebelum digunakan sebagai pencuci bahagian intim.

Mempunyai pengikut tersendiri di laman Facebook, ternyata percaturan Momy Daa tidak silap apabila Jamu Mek Rapat mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan seawal diperkenalkan. Beliau mendapat kepercayaan para pelanggan disebabkan keberkesanan produk-produk lepas yang pernah dijual oleh beliau.

Nama “Momy Daa” itu sendiri sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Kelantan yang pernah menjadi pelanggan beliau. Lebih mengejutkan lagi apabila agen-agen yang pernah berdaftar di bawah beliau dahulu dengan rela hati turut berdaftar menjadi agen baharu Jamu Mek Rapat. Kini, beliau mempunyai lebih daripada sepuluh orang agen di bawah produk Jamu Mek Rapat. Manfaat Jamu Mek Rapat sememangnya tidak dapat disangkal dan terbukti apabila mendapat permintaan daripada pelanggan luar negara dan pernah diterbangkan ke Tanah Arab dan Filipina.

Momy Daa percaya dengan kebolehpasaran Jamu Mek Rapat dan berusaha menimba ilmu dan pengalaman untuk melariskan lagi produk jamu beliau. Mendapat bantuan daripada suami tercinta, beliau cekal berdepan dengan pandangan negatif masyarakat yang sentiasa cuba memperlekehkan kemampuan beliau untuk  berjaya dalam dunia perniagaan. “Pekakkan sahaja telinga dan yakin diri boleh apabila terjun dalam dunia perniagaan”, kata beliau. Cabaran dalam berniaga akan sentiasa ada namun ianya terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana cara kita berdepan dengan ujian tersebut, tambah beliau lagi.

Menjadikan  usahawan berjaya,  Siti Fadilah Abdul Mubarak, pengasas jenama Mamadil sebagai inspirasi, beliau berharap Jamu Mek Rapat akan terus dikenali dan dapat diperkembangkan bukan sahaja di Malaysia bahkan  seantero dunia.  Sabar dan sikap tidak mudah berputus asa menjadi kunci untuk bertahan dan seterusnya berjaya dalam dunia perniagaan kesihatan mahupun kecantikan. Beliau percaya cepat atau lambat, Jamu Mek Rapat akan menjadi suatu fenomena dalam industri produk kesihatan dan kecantikan negara. Selain daripada Jamu Mek Rapat, Momy Daa juga turut mempunyai beberapa rangkaian produk lain seperti “Herba Kunyit Buasir” dan “La Diva Cushion Foundation”. Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Jamu Mek Rapat dan produk-produk beliau yang lain, boleh terus menghubungi laman facebook Momy Daa.

La Diva Cushion Foundation
Herba Kunyit Buasir

oleh Suzilawani Mustapha / lekkace@gmail.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.