Home Education & Training Apakah Saluran Agihan dalam Perniagaan?

Apakah Saluran Agihan dalam Perniagaan?

6853
2

 

Apakah Saluran Agihan?

SALURAN AGIHAN – Proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai.

Ingin di kongsikan di sini, terdapat 6 Saluran Agihan yang biasa dipraktik di Malaysia;

1 – PENGELUAR – PEMBORONG – PERUNCIT – PENGGUNA

  • Barang yang sesuai – barang keperluan dapur (bernilai kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)
  • Pengeluar (pengilang) menjual secara pukal kepada pemborong yang kemudian memecahkan pukal kepada kuantiti yang lebih kecil untuk dijual kepada peruncit.
  • Peruncit menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna.

2 – PENGELUAR – EJEN – PERUNCIT – PENGGUNA

  • Hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah.
  • Pengeluar melantik sebuah syarikat sebagai ejen untuk mengedarkan barang-barang keluarannya kepada peruncit dan pengguna. Ejen juga menjalankan fungsi seperti pemborong.

3 – PENGELUAR – PEMBORONG – PENGGUNA

  • Bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
  • Dalam saluran ini, pemborong membeli dalam kuantiti yang besar daripada pengeluar dan menjual dalam kuantiti kecil kepada pengguna.

4 – PENGELUAR – PERUNCIT – PENGGUNA

  • Barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama.
  • Pengeluar (pengilang) menjual terus kepada peruncit tanpa melalui pemborong.

5 – PENGELUAR – EJEN – PENGGUNA

  • Barang pengguna seperti barang kosmetik, pakaian dll.
  • Pengeluar melantik sebuah syarikat sebagai ejen untuk menjual barang atau perkhidmatan terus kepada pengguna.

6 – PENGELUAR – PENGGUNA

  • Barang yang tidak tahan lama – hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu, barang bernilai tinggi – kapal terbang & perkhidmatan profesional – doktor
  • Pengeluar memasarkan barang-barang keluarannya terus kepada pengguna tanpa melalui pemborong dan peruncit.

 

Disediakan oleh: Baharim Sukari

 

 

 

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.