Home E-KATALOG Program Pengeksport Baharu Bumiputera – Potensi besar kepada pengeluar produk Halal Malaysia

Program Pengeksport Baharu Bumiputera – Potensi besar kepada pengeluar produk Halal Malaysia

371
1

 

Peluang di buka kepada pengeluar-pengeluar produk Bumiputera untuk menyertai Program PENGEKSPORT BUMIPUTERA ke Negara China.

Program Pengeksport Baharu Bumiputera

Untuk keterangan lanjut & Borang Penyertaan sila klik di sini…

Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) sejak penubuhannya pada 1992 telah mewujudkan eko-sistem keusahawanan yang berdaya saing, mampan dan lestari serta membantu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Prinsip “Meneraju Usahawan, Memacu Industri” mencerminkan kesungguhan PPMC berfungsi sebagai penyelaras dan pemudahcara kepada usahawan dan pengilang bumiputera di peringkat mikro, sederhana dan kecil mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Persatuan Persahabatan Malaysia-China juga melantik pakar-pakar sebagai BisKaunselor yang berperanan menghubungkan Usahawan dan pengilang Bumiputera melalui pelbagai perkhidmatan dan program yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

BisKaunselor merupakan satu inisiatif PPMC. Keperluan Pengeksport Baharu Bumiputera dibawah bimbingannya mengembangkan perniagaan melelui eksport, memberi maklumbalas dan mencadangkan preskripsi.

Prekripsi terbahagi kepada 3 elemen yang utama iaitu latihan, perundingan dan pemudahcara yang akan dikoodinasikan bersama MATRADE.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

017-3007878

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.