Home Clothing & Fashion Acc. 40 anak asnaf menerima sumbangan set pakaian raya DK

40 anak asnaf menerima sumbangan set pakaian raya DK

178
0

15 Mei,  Bandar Baru Bangi, seramai 40 orang anak-anak asnaf dari dua buah sekolah,  SK Shah Alam Seksyen 16 dan SK Shah Alam Seksyen 19 telah dirai dan diberi sumbangan set pakaian raya di sini.

Sumbangan pakaian raya ini ditaja oleh D’khair, Collection yang berada di bazar Bangi Street, Bangi Gateway. Kumpulan yang turut terlibat dalam program ini adalah terdiri dari 40 anak-anak asnaf dan guru pengiring (4 org) , Kru NIPVS, kru RTM dan enam orang artis termasuk Noraniza Idris.

Abu Khair sedang memberi ucapan kepada peserta

Menurut pemilik D’khair Collection (Abu Khair), sumbangan ole-ole raya ini adalah salah satu dari aktiviti tanggungjawab sosial perniagaanya (CSR). “Dengan sumbangan ini saya berharap agar ianya dapat membantu dan meringankan sedikit tanggungan keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan, diharapkan juga supaya mereka dapat menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan sama seperti insan-insan lain.” ujarnya.

Noraniza Idris turut serta membantu Anak-anak asnaf memilih pakaian.

Gambar kenangan D’khair bersama Noraniza Idris.

MN ingin berkongsi sedikit info tentang D’khair collection di sini,

Jenama: de’khair

Tahun penubuhan: 2003

Cawangan: D’khair Collection di Tesco Extra Kajang,  Orkid di Tesco Kajang,  D’khair Collection di Bangi Street,  Bangi Gateway dan Busana Al-Hassanah di Masjid Hassanah Bandar Baru Bangi.

Logo:

Laman web: www.d-khair.my

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.