Home Inspirasi Niaga Agent Pengubah: “Kita kena berani”

Agent Pengubah: “Kita kena berani”

378
0

Oleh Noraina Tinggal & Norsupi Jamal

En Zulkifli Bin Othman atau lebih mesra dipanggil En Zul berusia 41 tahun  merupakan pengarah kumpulan Agensi Al-Faiz. Syarikat Agensi Al-Faiz ini telah merangkul anugerah agensi terbaik diseluruh malaysia selama 4 tahun berturut-turut. Kejayaan beliau dalam bidang ini bermula dengan hanya mencabar dirinya untuk melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Beliau pada mulanya hanya seorang agent menjual insurans Takaful Nasional. Dengan bermula sebagai part time agent dan berkerja sepenuh masa sebagai assistant manager sebuah syarikat elektronik. En zul memulakan pekerjaan sambilannya itu hanya untuk menampung sebahagian perbelanjaan isi rumah pada ketika itu. Namun siapa sangka rezekinya, dengan hanya sebagai seorang agent, kini En Zul boleh dibanggakan kerana telah mempunyai syarikat agensi insurans beliau sendiri.

Sesi temuramah bersama usahawan berjaya: Encik Zulkifli Bin Othman

Menceritakan berkenaan pengalaman beliau dalam bidang insurans ini, beliau mengatakan pendapatan yang diperolehi dengan hanya menjual insurans adalah berlipat kali ganda berbanding beliau berkerja makan gaji di kilang elektronik. Hal ini demikian kerana komisyen yang diterima untuk setiap pelanggan yang diperolehi adalah tetap sepanjang 6 tahun dan ianya akan bertambah jika terdapat pelangan baru.

Mempunyai pekerja seramai 13 orang di agensi Al-Faiz, misi syarikat adalah untuk melahirkan  lebih ramai jutawan melayu yang berjaya dalam bidang ini. Visinya pula adalah dengan mempromosikan bisnes ini kepada lebih ramai orang melayu. Tambahannya lagi, kerana tiada pendedahan awal terhadap bisnes ini menyebabkan masyarakat kini terutamanya golongan melayu tidak mahu mencuba nasib. Alasannya kerana takut risiko dan takut tiada peluang pendapatan yang lumayan. Jelas En zul lagi, untuk melahirkan ramai golongan yang berjaya kita perlu membuang mentaliti takut mengambil risiko. Sedangkan perniagaan ini adalah perniagaan yang selamat kerana memerlukan modal yang sangat kecil.

Penyampaian anugerah yang diperolehi oleh Encik Zulkifli Othman: Anugerah, Top Individual Agent

      Antara trofi yang dimenangi oleh beliau

Disamping itu, setiap kejayaan pasti ada cabaran. Menurut beliau, cabaran yang beliau terpaksa hadapi turut dikongsikan dalam temu ramah ini adalah bagi melahirkan seorang individu yang berjaya ini pastinya bukan kerja yang mudah. Katanya lagi, cabaran yang terpaksa dihadapi apabila masyarakat kini tidak memikirkan peluang yang ada dimasa hadapan. Masyarakat kini mempunyai satu sikap iaitu hanya memikirkan untuk hidup selesa dan cukup memenuhi keperluan sahaja walhal kita mampu menjadi agent perubahan untuk mengubah nasib serta pendapatan yang diperolehi lebih tinggi berbanding sekarang.  Mentaliti untuk berusaha menjadi kaya adalah kurang dalam pemikiran masyarakat kita kini terutamanya masyarakat melayu. Seterusnya, kebiasaannya golongan muda merupakan individu yang berani untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Namun begitu, terdapat cabaran besar dari segi mendapat sokongan dari ibu bapa. Hal ini kerana, terdapat ibu bapa yang beranggapan dunia perniagaan ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap secara tidak lansung ianya akan menyusahkan individu yang terlibat pada masa hadapan kerana terpaksa berdepan dengan konsep “rugi”. Oleh demikian, ibu bapa seharusnya menyokong jika anak-anak berhasrat untuk berniaga. Nasihat beliau kepada masyarakat di luar sana berniagalah dan jangan takot untuk mencuba perkara baru.

Katanya lagi, untuk mengapai kejayaan bukan sesuatu yang mudah namun bukan juga sesuatu yang mustahil. Peluang pekerjaan untuk makan gaji mungkin agak kurang di era kini namun peluang perniagaan adalah terbuka luas untuk masyarakat di luar sana. Berani mencuba dan jadikan diri sendiri sebagai agent pengubah tanpa memikirkan apa orang lain akan persoalkan merupakan satu tips kejayaan yang diamalkan oleh beliau. Cabar diri sendiri dan keluar dari kepompong yang lama, juga resepi utama kejayaan beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.