Home Food & Beverages Buffet Ramadhan terbesar di Bangi

Buffet Ramadhan terbesar di Bangi

299
0

Jom raikan keluarga, sahabat handai, pelanggan-pelanggan dan orang tersayang di Bangi Golf Resort.

LEBIH 200 ANEKA JUADAH MENJADI PILIHAN

Tempah Sekarang!
Hubungi Atikah
012-343 1375

Tanya saja dalam Selangor ni mana tempat boleh berbuka puasa dengan pelbagai juadah? Mesti orang akan perkatakan BGR (Bangi Golf Resort) Restaurant, sebabnya setiap tahun BGR Restaurant menawarkan sehingga 200 jenis pilihan juadah yang bercirikan masakan popular Melayu, Barat dan Timur.
Kalau ikutkan dari pengalaman aku, berbuka puasa di sini terutamanya di hari cuti minggu mesti kena buat tempah awal, sebabnya memang ramai tetamu datang dan sambutan luar biasa juga di hari-hari bekerja. Anggaran tetamu dalam 2000 pax ..huh! ramai gila kan?
Bab parking kenderaan macam mana? Surau ok tak? Okay, bab ini korang jangan risau, ada disediakan lebih dari 800 ruang parkir dan setiap sebuah ruang solat untuk tetamu lelaki dan wanita.
Okay, kita cerita bab makanan pulak.. bagi yang belum tau lagi berkenaan info status halal, dimaklumkan bahawa makanan di sini disahkan Halal oleh JAKIM yang mana BGR Restaurant telah menerima pentauliahan HALAL ini sejak tahun 2009 lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.