Home Education & Training “My hobby is my work, my work is my hobby”-Coach Fuad.

“My hobby is my work, my work is my hobby”-Coach Fuad.

734
0

Tuan Haji Mohamad Fuad Ariff bukan sahaja berjaya dalam bidang perniagaan, namun beliau juga berjaya menghasilkan sebuah buku yang dihasilkan 100 peratus daripada ideanya sendiri dari penulisan sehingga ke peringkat

OLEH SUHAILA ALI DAN NORIZA SAINAL

“My hobby is my work, my work is my hobby” itulah yang menjadi pegangan dan moto hidup buat Coach Fuad atau nama sebenarnya Tuan Haji Muhamad Fuad Arif, Pengasas dan Pengarah lima syarikat di bawah Focus Company iaitu FOCUS Topclean Management, Meta FOCUS Aspirations Consultant, FOCUS CENTRIC, FOCUS Meta Design, dan FOCUS AL SAFF CAFE dalam menjayakan perusahaan yang telah dibina selama hampir 17 tahun.

Bermula dengan menubuhkan FOCUS Topclean Management, iaitu perniagaan mendobi kain pada tahun 2000, kini syarikat Focus memiliki empat lagi anak syarikat yang menguasahakan perkhidmatan yang berbeza, iaitu perkhidmatan pencetakan, latihan keusahawanan, pusat keusahawanan dan yang terkini pembukaan semula kafe yang diberi nama FOCUS AL SAFF CAFE.

Walaupun pernah memiliki jawatan tinggi dalam sebuah syarikat ternama, namun  dek kerana minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan telah memberi inspirasi buat Coach Fuad untuk menguasahakan perniagaan yang berasaskan perundingan perniagaan keusahawanan dengan hasil titik peluh sendiri selain ingin mencabar diri pada usia 35 tahun melalui prinsip perniagaan tersendiri.

“Saya mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dalam meneraju keempat-empat syarikat saya” jelas Coach Fuad dalam menyatakan rahsia beliau mengendalikan empat anak Syarikat di bawah Focus Company ini iaitu dengan mengamalkan sunnah Rasuluallah S.A.W. yang menggunakan akronim FAST iaitu Fathonah, Amanah, Shiddiq, dan Tabligh.

Pejabat urusan Focus Company bukan sahaja terhad kepada ruangan pengurusan pentadbiran, malah ruangan seminar juga tersedia dalam satu tempat yang sama sekaligus memudahkan pekerja dan pelanggan untuk berurusan.

Sungguhpun keempat-empat syarikat tersebut mempunyai keistimewaan dari segi kemahiran teknikal dan kemahiran perkhidmatan pelanggan, salah satu syarikatnya yang berasaskan perkhidmatan latihan keusahawanan, Meta FOCUS Aspirations Consultant mempunyai kelebihan yang tersendiri dengan memiliki pelanggan tetap yang melanggan perkhidmatan syarikat ini dari siri pertama latihan bina insan yang dijalankan sehingga mencapai sehingga siri ketiga dan perniagaan ini turut berjaya meluaskan sayapnya sehingga ke negara jiran seperti Brunei Darussalam.

Ditanya tentang nasihat atau tips-tips yang boleh diamalkan oleh pelajar siswazah yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini, Coach Fuad menyatakan bahawa pelajar tersebut harus mengenali potensi diri sendiri agar mereka tahu arah tuju yang ingin dicapai di samping bekerja keras dengan menegaskan “Practice Makes Permanent” bukan “Practice Makes Perfect”. Selain itu, pelajar bukan sahaja perlu memiliki kebijaksanaan dalam bidang pelajaran namun mereka juga perlu berpenampilan luaran yang berkeyakinan yang boleh menunjukkan bidang kepakaran mereka.

Mengulas lanjut mengenai perancangan masa hadapan, beliau berharap pejabat urusan syarikat beliau yang terkini yang bertempat di Space U8, Shah Alam akan menjadi pejabat urusan yang terakhir setelah berpindah dari April lalu yang pada awalnya bertempat di TTDI Jaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.