Home Inspirasi Niaga Belenggu Mimpi Ngeri 17 Tahun Bertukar Jadi Punca Rezeki

Belenggu Mimpi Ngeri 17 Tahun Bertukar Jadi Punca Rezeki

1184
0

17 tahun dikejar mimpi ngeri kerana masalah bau badan yang menyengat, membawa idea penciptaan Encie Body Odor Solution.  Ia merupakan “New Chapter” dalam hidupnya setelah kembali yakin berhadapan dengan orang ramai tanpa bimbang masalah bau badan.

Menurut pengasas, Azarul Afandi, 32, beliau hidup dalam kegelapan dan hilang keyakinan untuk bersama dengan orang sekeliling biarpun telah mencuba pelbagai jenis deodorant yang ada di pasaran.

Nekad untuk menyelesaikan masalah bau badan dan membantu orang lain yang menghadapi masalah sama, Azarul yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Mikrobiologi (Kaji Kuman) di USM sejak 2007 dan berada di fasa akhir pengajian Sarjana (Master) Penyelidikan dalam bidang Biokimia and Teknologi Enzim di USIM, menghadam lebih 160 jurnal berkaitan masalah bau badan dan deodorant, kemudiannya berjaya menemui formula terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Encie bukan produk yang menghalang peluh (antiperspirant) seperti produk yang terdapat di pasaran, sebaliknya ia bertindak membasmi punca utama yang menyebabkan badan kita berbau. Formulasi cepat kering, tidak menguningkan baju dan tidak melekit. Sembur sedikit di bawah lengan anda sudah memadai dan terbukti berkesan.”

“Encie amat sesuai digunakan oleh orang ramai terutamanya individu aktif sebagai pengganti deodorant kerana kami tidak meletakkan sebarang bahan pengawet seperti paraben, tawas (Kalium aluminium sulfat) atau sebarang garam aluminium yang mendatangkan risiko kanser kepada kaum wanita khususnya.”

Tegasnya lagi, kelainan yang ditampilkan oleh Encie adalah deodorant dan wangian (perfume) di dalam satu botol. Tidak perlu lagi melabur lebih banyak wang untuk membeli deodorant dan pewangi badan setiap bulan kerana sebotol Encie sudah mengandungi kedua-dua fungsi ini.

Encie turut menampilkan wangian mewah yang mampu bertahan selama 8-12 jam khas untuk golongan lelaki dan wanita. Harga promosi RM39 bagi 30ml Encie adalah pelaburan yang cukup bijak untuk bebas daripada bau badan dan kekal yakin biarpun badan berpeluh. Sebotol Encie mampu bertahan sehingga dua bulan penggunaan. Semestinya Encie menjimatkan kos pengguna yang ingin membangkitkan keyakinan mereka.

Encie telah terjual lebih dari 500 botol pada bulan pertama pelancarannya melalui agen-agen yang aktif seluruh Semenanjung Malaysia dengan teknik pemasaran mantap yang dilakukan oleh isteri pengasas Encie, Puan Norhazieni Wahit yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam Pemasaran dan Perbankan Islam.

Pelanggan baru yang ingin mendapatkan inovasi berkesan ini boleh melayari Fb ‘’Encie – NC Malaysia’’ atau anda boleh hubungi HQ Encie di talian 017-980 8723 dan 017-980 8726. Pihak HQ akan memberikan senarai agen yang terdekat dengan anda untuk penghantaran terus atau melalui pos.

Oleh: Siti Nur Zuraikha Yaacob

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.