Home Farming & Agriculture Sahut cabaran ambil alih bidang pertanian dalam kerjaya

Sahut cabaran ambil alih bidang pertanian dalam kerjaya

388
0

Oleh Noorhidayah binti Abdul Latif

Dalam usia belia 29 tahun, Abdullah bin Kasau berpeluang menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan Pertanian G41. Lepasan graduan Universiti Putra Malaysia dalam bidang bioindustri ini telah memulakan langkah awal berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Kedah pada 16 April 2012.

Abdullah berkata , “minat yang mendalam dipupuk sejak kecil lagi kerana pengaruh keluarga yang terlibat secara langsung dalam bidang pertanian”. Hal ini menyebabkan beliau nekad untuk menceburi bidang pertanian meskipun pada awalnya melanjutkan pengajian dalam bidang yang tidak seiring dengan kerjayanya kini.

Penglibatan Aktif Dalam Rangkaian Media – Tv , Radio

Dalam setiap tugasan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, beliau sentiasa bersedia dan memilih untuk mencari inisiatif dalam membangunkan seluruh jabatan tempat beliau berkhidmat. Antara usaha yang dijalankan oleh beliau ialah bergiat aktif dalam rangkaian media seperti saluran televisyen rtm dan radio rasmi Kedah.fm.

Kebanyakan program yang dirancang mempunyai matlamat yang penting dalam memastikan input-input berkenaan tentang asas pertanian diketahui umum terutamanya golongan muda. Sering muncul dalam rancangan Agrojournal di tv1 yang mana mengetengahkan dengan lebih terperinci tentang struktur bangunan , pengairan pertanian , input pertanian seperti baja racun yang digunakan dalam proses pertanian.

Cabaran Yang Dihadapi

“Ketika saya masih menjadi salah seorang mahasiswa UPM yang mengambil kos bioindustri di Fakulti Teknologi & Makanan, saya tidak terfikir langsung untuk menceburi secara keseluruhan dalam bidang pertanian” ujarnya.

Bioindustri adalah satu cabang ilmu yang memberi penumpuan berkenaan tentang sumber biologi utama negara iaitu dari segi perhutanan, perikanan dan pertanian. Namun begitu setelah berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Kedah, beliau sedikit sebanyak mengaplikasikan dan berusaha untuk memajukan bidang pertanian ke arah yang lebih maju kehadapan.

Terdapat beberapa kekurangan peralatan dan jentera pertanian yang terhad. Petani juga bakal mengalami kerugian gara-gara hasil tanaman yang tidak mampu bertahan lama dan sering mengalami masalah serangga. Penggunaan baja kimia yang mesra alam dibolehkan terhadap tanaman. Baja komps dan jentera penuai boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

Golongan muda wajar memupuk minat dalam bidang pertanian kerana pertanian merupakan sumber utama negara Malaysia. Hal ini bagi memberi peluang kepada golongan tua yang sudah lama berkecimpung dalam pertanian mewariskan ilmu terhadap generasi masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.