Home Inspirasi Niaga Rasa Yang Sedap, Pelanggan Yang Tetap

Rasa Yang Sedap, Pelanggan Yang Tetap

261
0

Oleh Wong Yu Ki

Monalisa merupakan satu jenama bagi sambal bilis tempe yang digemarkan oleh kebanyakan orang sebab sedap rasanya. Sebenarnya, Monalisa ialah singkatan nama dua orang, iaitu Puan Maimon dan Datin Lisa. Kedua-dua mereka merupakan pemilik Monalisa. Sebelum wujudnya Monalisa, mereka hanya memulakan perniagaan kecil dengan menjual sambal bilis tempe yang tidak berjenama. Banyak usaha telah dilakukan oleh mereka sehingga berjaya mewujudkan jenama sendiri.

Puan Maimon dari Kelantan dan Datin Lisa dari Kajang, Selangor membuat perniagaan bersama-sama walaupun mereka dari negeri yang berbeza. Kedua-dua mereka membahagikan kerja-kerja supaya perniagaan mereka dapat diuruskan dengan lancar dan berjaya. Puan Maimon menguruskan urusan perniagaan di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Terengganu, Pahang dan Kelantan. Manakala Datin Lisa menguruskan urusan perniagaan di kawasan tengah, Selatan dan Utara di Malaysia. Pembahagian kerja dan percaya antara satu sama lain merupakan elemen yang penting bagi kejayaan perniagaan ini. Usaha yang dibuat oleh mereka juga menunjukkan jarak bukan satu masalah atau ancaman kepada rakan kongsi perniagaan.

Puan Maimon dan Datin Lisa telah memulakan perniagaan ini pada beberapa tahun yang lalu. Mereka menjual sambal bilis tempe dengan kiraan kilo dan produk mereka tidak ada jenama pada masa itu. Selepas satu tempoh masa, mereka mendapati sambal bilis tempe itu sangat disukai oleh kebanyakan orang. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk meletakkan jenama bagi produk mereka dan akhirnya nama Monalisa digunakan.

Menurut Datin Lisa yang berumur 60 tahun, Monalisa merupakan satu jenama yang baru mendapat tanda dagangan selama satu tahun lebih sahaja. Selapas itu, mereka akan cuba untuk mendapatkan tanda dagangan berdaftar dalam tempoh tiga bulan akan datang. Dengan ini, hak jenama ini baru dapat dijamin dan tindakan undang-undang boleh diambil kepada sesiapa yang menggunakannya tanpa kebenaran pemunya.

Untuk menarik dan mengekalkan lebih banyak pelanggan, Puan Maimon dan Datin Lisa sentiasa memastikan kualiti dan rasa produk mereka sentiasa dalam keadaan yang baik dan sedap. Jadi, Monalisa sudah mempunyai pelanggan yang tetap, kebanyakan adalah pelancong, pelajar, kenalan dan ibu. Dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai orang mengetahui Monalisa, mereka juga belajar untuk membuat promosi secara online. Mereka menggunakan sosial media seperti Facebook untuk mempromosi produk mereka secara percuma.

Cabaran-cabaran yang pernah dihadapi oleh Puan Maimon dan Datin Lisa ialah produk mereka pernah ditiru oleh orang lain. Walaupun demikian, pelanggan yang membeli sambal bilis tempe jenama lain akhirnya akan balik ke Monalisa kerana rasa Monalisa tidak sama dengan jenama lain dan lebih sedap daripada jenama lain. Oleh itu, sambal bilis tempe yang sedap merupakan tips Monalisa untuk mengekalkan pelanggan.

Untuk tempahan dengan Monalisa boleh menghubungi :-

Puan Maimon : 017-934 4918

Datin Lisa : 012-287 5895

Facebook : Monalisa Sambal Bilis Tempe

Sambal bilis tempe berjenama Monalisa dengan pembungkusan yang tertutup.

 

Sampel-sampel sambal bilis tempe boleh dicuba oleh pelanggan sebelum membeli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.