Home Farming & Agriculture Penggunaan ICT dalam sektor pertanian

Penggunaan ICT dalam sektor pertanian

4767
0

OLEH SITI HAJAR AFIQAH MUHAMAD /177446

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi  (ICT) meliputi pelbagai bidang kehidupan masyarakat, termasuk bidang pertanian. Kemajuan ICT bidang pertanian ini sering disebut dengan istilah electronic Agriculture ataupun e-Agriculture. Pada dasarnya e-Agriculture adalah penggunaan ICT dalam bidang pertanian.

Penggunaan ICT sebagai usaha pembangunan sektor pertanian

Pertanian mampan adalah pengelolaan sumber pertanian yang dapat digunakan untuk membantu manusia untuk mengekalkan atau meningkatkan kualiti alam sekitar dan memelihara sumber alam.

Kemajuan dalam bidang ICT hari ini hingga wujudnya teknologi Cloud computing, media sosial, pembangunan alatan teknologi terkini, dan sebagainya dilihat sangat menyumbang kepada pembangunan dalam sektor pertanian dalam era globalisasi bagi meningkatkan ketahanan ekonomi, politik, sosial dan budaya dalam negara kita.

ICT memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan dan menyampaikan maklumat yang relevan dan tepat mengenai pertanian. Maklumat hasil daripada penelitian dan inovasi dalam bidang pertanian dapat membantu meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian, sehingga wujudnya sektor pertanian yang mampu membawa nama negara ke peringkat global. Maklumat dan pengetahuan dalam bidang pertanian akan menjadi pemacu pencipataan peluang pekerjaan sebagai satu usaha untuk membangunkan sektor ekonomi dan pertanian, sekaligus mengurangkan kadar bilangan miskin tegar di Malaysia.

 Pengunaan ICT dalam kajian melibatkan sektor agrobisnes

Petani yang mengusahakan tanaman betik, pisang dan mangga sering menghadapi masalah apabila tiba masanya untuk buah-buahan tersebut dipetik. Masalah tersebut yang menjadi isu adalah masalah kulat atau bintik hitam pada buah-buahan yang ditanam. Bintik-bintik hitam pada buah yang mana lama-kelamaan akan merebak menjadi semakin besar menyebabkan buah-buahan menjadi cepat rosak.  Bintik hitam tersebut adalah berpunca daripada bakteria Colletotrichum Gloeosporioides yang akan mengurangkan sehingga 80 peratus daripada pengeluaran dan penuaian buah-buahan yang masak. Namun demikian, masalah ini tidak lagimenjadi satu isu pada hari ini dengan adanya ICT yang dapat membantu para pengkaji membuat kajian dan mencari penyelesaian kepada permasalahan ini. Satu penyelidikan yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia berjaya membawa kepada penemuan penyelesaian yang dapat menghalang pertumbuhan kulat pada buah-buahan. Penyelidik UPM daripada Fakulti Pertanian, Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Sijam dan Dr. Farah Farhanah Haron, berjaya mencari formula untuk membuat kulit buah-buahan menjadi lebih kuat dan tahan lama serta kalis terhadap serangan kulat. Menurut Dr Kamaruzaman, melalui inovasi tersebut, buah-buahan boleh bertahan selama 10 hari (pada suhu bilik) dan 30 hari (penyimpanan sejuk), sekali gus membolehkan buah-buahan untuk dipasarkan dan dieksport dengan mudah.

Hasil inovasi keluaran produk UPM yang dapat meningkatkan penghasilan dalam sektor agrobisnes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.