Home Farming & Agriculture Menimba Ilmu Keusahawanan di Ladang Ayam

Menimba Ilmu Keusahawanan di Ladang Ayam

240
0

Oleh Ain Farhana

4 April 2015, Sabtu – Seramai 60 orang pelajar Sub Unit Kokurikulum Veterinar Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan diiringi seorang pegawai pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar di Ladang Ayam Kriss Enterprise yang terletak di Sik, Kedah.

Rasional lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemeliharaan ayam pedaging. Selain dapat melihat peluang ekonomi yang berjaya di sumbangkan para pelajar turut diberi pendedahan tentang alam pekerjaan.

Penerangan telah diberikan oleh pemilik ladang itu sendiri, iaitu En. Rosli dan penolong pegawai veterinar yang bertugas memantau keadaan ayam-ayam di ladang tersebut. Beliau yang telah berkecimpung dengan perusahaan ayam pedaging sejak tahun 2009 berbekalkan modal RM450, 000. Kini terdapat dua ladang ayam tertutup yang dimiliki olehnya hasil daripada kerja keras beliau selama tujuh tahun.

Sewaktu lawatan, pelajar telah melawat sekitar kawasan ladang dan berpeluang melihat sendiri bagaimana ayam-ayam ini dikendalikan dengan baik dan teratur bagi mendapatkan ayam pedaging yang sihat. Pelajar merasai sendiri keadaan sebenar diladang disamping melihat bentuk dan struktur bangunan ladang serta kelengkapan yang digunakan.

Program seperti ini banyak memberikan ilmu kepada pelajar dalam mendalami ilmu keusahawanan serta menjadikan pelajar bermotivasi untuk menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, kegiatan luar kuliah (KLK) seumpama ini diharap dapat diteruskan bagi melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja bijak dalam pelajaran, malah celik dalam ilmu keusahawan.

Ayam-ayam yang diternak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.