Home Farming & Agriculture Keusahawanan dan pertanian sebagai asas kehidupan

Keusahawanan dan pertanian sebagai asas kehidupan

478
0

Oleh Siti Fatimah Binti Jamaluddin / 180848

Serdang, 13 Mac 2017 – Satu ketika dahulu ramai yang menganggap pertanian hanya menjurus kepada bercucuk tanam dan mengcangkul tetapi tidak tahu bahawa pertanian juga merupakan pengeluaran yang melibatkan makanan dan barangan melalui kegiatan perladangan, pertenakan, dan perhutanan.

Hasil daripada kemajuan tamadun, tercipta berbagai-bagai teknik dan peralatan moden untuk pertanian yang lebih memudahkan manusia untuk menghasilkan barang-barang mahupun makanan daripada hasil tani. Kini, pertanian merupakan hasil ekonomi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di dunia. Hasil kajian pertanian menggunakan satu pertiga daripada permukaan bumi dan 45% daripada jumlah penduduk dunia adalah terlibat dalam sektor pertanian.

Pertanian tidak boleh diasingkan daripada kehidupan manusia kerana cita rasa manusia yang berlainan hari makin hari dan pertanian yang hanya dapat memenuhi keperluan ini. Aktiviti menternak haiwan juga adalah salah satu aktiviti pertanian moden yang diamalkan kini.

Karthik A/L Paramisparan, 25, pelajar jurusan pertanian di Universiti Putra Malaysia berkata “keusahawanan pertanian adalah satu keusahawanan yang kukuh kerana hasil-hasil ini amat penting untuk masyarakat dan tiada sebarang pertanian yang tidak diperlukan”.

Slogan yang kerajaan tentang pertanian iaitu ‘Pertanian adalah perniagaan usahawan’ ada betulnya apabila hasil tani mahupun ternakan yang diusahakan oleh seseorang petani melebihi keperluan harian dimana ia menjurus untuk petani tersebut membuka perniagaan dengan menjual hasil tani atau ternakan, ini dapat memberikan keuntungan yang besar kepada petani. Kesimpulannya, pertanian adalah tunggak utama dalam kehidupan manusia sejak dari dulu lagi yang menyumbangkan dalam penghasilan makanan, kewangan dan ekonomi khususnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.