Home Farming & Agriculture Anak muda usahawan berjaya

Anak muda usahawan berjaya

8531
1

OLEH MIMI SYUHADA BINTI MISLAN / 180970

Muhammad Amirul bin Dasuki 23 tahun berasal daripada Tanjong Karang Kampung Sungai Gulang-Gulang. Tercetusnya minat beliau dalam bidang penanaman pisang ini bermula apabila beliau menjual hasil tanaman pisang dirumahnya secara suka-suka. Hasil jualan yang lumayan juga mendorong beliau untuk terus menceburi bidang ini secara serius. Beliau menanam pelbagai jenis pisang antaranya adalah adalah pisang abu, pisang nangka, pisang awak, pisang raja, pisang berangan dan juga pisang lemak manis. Rutin harian Amirul pada setiap pagi adalah pergi ke kebun yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk membersihkan kebun dan mengutip hasil tanaman beliau. Antara jenis halangan dalam penanaman pisang ini adalah beliau sering berhadapan dengan masalah kecurian pisang dan juga penyakit pisang yang membuatkan pisang tersebut tiba-tiba menjadi kering dan kuning.

Pada mulanya beliau hanya menanam 3 batang pokok pisang sahaja. Namun kini beliau mempunyai 7 ekar tanah hasil titik peluhnya sendiri. Hasil tanaman beliau bukan sahaja dijual disekitar kawasan kampung tetapi beliau juga telah meluaskan pasarannya dengan menghantar hasil tanaman beliau ke Pasar Borong Selangor. Untuk memastikan beliau tidak tercicir dari persaingan, Amirul memastikan buah pisangnya dijaga rapi supaya berkualiti seiring dengan kehendak pasaran semasa.

Antara hasil tanaman beliau.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.