Home Farming & Agriculture ‘Jangan mudah luntur semangat’

‘Jangan mudah luntur semangat’

1295
0

Oleh Annur Hidayah

Siapa sangka perniagaan yang pada awalnya diterajui oleh ayahnya kini menjadi semangat buat anak gadis muda ini bercita-cita tinggi untuk meneruskan serta mengembangkan lagi perniagaan milik keluarganya itu yang bertempat di Lunas, Kedah.

 

Nur Hawani Khalid, seorang pelajar tahun akhir dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (automotive) berkata beliau berhasrat untuk membesarkan lagi perniagaan buah-buahan yang dimiliki keluarganya ini.

‘Sejak berumur 8 tahun lagi saya telah dididik untuk mempelajari perniagaan buah-buahan ini. Antara buah-buahan yang di niagakan adalah seperti jambu air, jambu batu, buah mempelam muda, buah nangka, buah sukun, buah rambutan, dan beberapa jenis buah-buahan lagi’

Menurut anak gadis ini, buah-buahan ini akan dijual mengikut musimnya. Kebiasaanya pada waktu pagi ayahnya akan menjadi orang utama yang keluar mencari buah- buahan ini di serata tempat. Buah akan diambil sama ada perlu memanjat pokok ataupun dengan memetik menggunakan tangan sendiri. Hal ini bertujuan untuk memastikan buah-buahan yang dipetik adalah elok dan berkualiti.

Ada juga buah yang akan dikutip sehari awal mengikut kelapangan dan hari cuti berniaga. Antara buah-buahan yang menjadi tumpuan ramai adalah buah mempelam muda seperti pelam air, pelam telur dan pelam epal.

‘Kami akan berniaga buah-buahan ini secara besar-besaran kerana ianya pernah mendapat sambutan paling tinggi. Lapan bakul buah ini sahaja boleh habis dalam masa kurang lapan jam sehari’ tambah beliau lagi.

Menurut Nur Hawani, sepanjang terlibat dalam perniagaan ini pelbagai pengalaman yang dihadapi mereka sekeluarga. Adakalanya pada waktu hujan rebut melanda, barang-barang niaga mereka habis musnah dan ianya sangat memberi kesan pada diri mereka sekeluarga. Namun, semangat untuk berniaga masih tidak pudar. Anak gadis ini menjadikan perniagaan ini sebagai suatu platform untuk lebih mengenali serta memahami kehendak setiap pelanggannya.

Perkhidmatan delivery turut disediakan di sekitar kawasan Kulim, Lunas dan juga Padang serai. Selain menyediakan perkhidmatan delivery buah-buahan, Nur Hawani turut menyediakan perkhidmatan penghantaran jeruk pelam asam boi dan juga ikan pekasam buatan ibunya sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.