Home Farming & Agriculture Jadikan perniagaan tani sebagai kerjaya persaraan

Jadikan perniagaan tani sebagai kerjaya persaraan

241
0

Oleh Cheng Yi Wen

Perniagaan tani atau “agribusiness” merupakan aktiviti pertanian yang dijalankan secara komersial. Kekayaan sumber alam semula jadi seperti tanah, air dan cahaya serta cuaca yang sesuai untuk kebanyakan tanaman tropika menjadi faktor pendorong kepada perniagaan tani daripada terus berkembang di Malaysia kebelakangan ini.

Pekebun sayur menjadi pilihan kerjaya persaraan bagi Teo Swee Keong, 64, dari Pontian, Johor. Pada tahun 2007, Encik Teo yang masih berusia 54 tahun mengambil keputusan untuk bersara. Pada masa yang sama, dia membeli dua bidang tanah untuk menanam sayur-sayuran bagi tujuan pemborongan.

“Saya ada dua kebun sayur yang terletak di Senai dan Pasir Gudang. Oleh itu, majoriti pelanggan saya datangnya dari sekitar kawasan Johor seperti Kulai, Skudai, Senai dan Tampoi. Saya juga telah mengupah 21 orang pekerja sebagai pembantu untuk menguruskan kedua-dua kebun sayur ini. Kebanyakan mereka adalah dari negara Indonesia.

“Sebelum bersara, saya merupakan pekerja pembinaan. Setiap hari, saya perlu berdiri di bawah matahari yang terik sekurang-kurangnya 8 jam. Kebiasaan inilah yang mendorong saya untuk menjadi pekebun sayur sehingga hari ini,” katanya.

Walaupun memiliki tanah sendiri, pelbagai jenis masalah juga terpaksa ditempuhi oleh Encik Teo terutamanya dari segi pelunasan hutang apabila berjumpa dengan pelanggan yang enggan membayar pada masa yang ditetapkan.

“Namun, kebanyakan pelanggan saya masih mengamalkan sikap amanah pada setakat ini,” katanya.

Encik Teo mempunyai dua orang anak lelaki yang sudah berkahwin tetapi dia menghalang anaknya untuk meneruskan kerjayanya.

“Saya tidak menggalakkan anak-anak saya untuk teruskan kerjaya ini kerana mereka ada kerja dan keluarga sendiri. Pekebun sayur juga bukan kerja yang mudah bagi orang muda sekarang yang kurang tabah,” katanya.

Encik Teo turut menggunakan saluran ini sebagai platform bagi memberitahu orang muda supaya memiliki tanah sendiri dan modal yang mencukupi sebelum memulakan perniagaan tani.

Kebun kacang panjang

Anak pokok betik

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.