Home Inspirasi Niaga Coklat kesihatan, Delish Chocolate

Coklat kesihatan, Delish Chocolate

413
0

OLEH SITI NURHANANI BINTI SAMSIR / 180990

Dengan hanya bermodalkan RM3k, Zeaty atau nama sebenar Noorazeaty Maulad Mohd Khalif, pelajar Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), kini mampu meraih purata pendapatan sebanyak 3-5k sebulan hasil daripada jualan coklat buatan sendiri yang diberi nama Delish Chocolate.

Menurut Zeaty, beliau mula serius memulakan perniagaan coklat ini setelah menyertai satu pertandingan usahawan pada tahun lalu yang dianjurkan oleh pihak UPM. “Banyak ilmu yang dapat saya pelajari dan boleh dipraktikkan dalam perniagaan yang saya usahakan ini secara teratur, kerana sebelum ini saya tidak banyak pengetahuan mengenai selok belok perniagaan”, katanya lagi.

Coklat Delish ini dihasilkan khas untuk para penggemar coklat yang ingin menjaga kesihatan kerana coklat yang dihasilkan ini adalah tanpa gula. Justeru para pelanggan tidak perlu risau akan gemok jika makan berlebihan kerana kualiti coklat ini juga sangat dititikberat semasa penghasilannya dijalankan.

Menurut beliau, sambutan yang amat menggalakkan terutama dalam kalangan pelajar UPM, peminat coklat, dan pelanggan sekitar Klang dan Banting membuatkan beliau lebih teruja untuk mencipta satu lagi produk coklat versi Bar yang akan dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini.

Delish Chocolate juga menerima tempahan juga perkhidmatan seperti door gift, hadiah hari lahir  dan majlis-majlis keraian yang lain. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung di talian 011 3705 3455 atau ikuti Facebook page Delish Choclate.

Noorazeaty Maulad Mohd Khalif, Pengusaha Delish Chocolate

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.