Home Farming & Agriculture Burung Unta Satu Perniagaan yang Unik

Burung Unta Satu Perniagaan yang Unik

2443
1

Oleh: Emira Farahnaz binti Nor Afandi (182274)

SEREMBAN- “Saya mendapat idea untuk membuka ladang ini ketika berkunjung ke Afrika Selatan dan saya lihat ramai yang tertarik ke ladang tersebut jadi saya rasa sangat bermotivasi untuk membuka satu di Malaysia.” kata pengusaha Jelita Ostrich Farm, SS Abraham.

Katanya juga, ladang ini menawarkan banyak aktiviti yang menarik seperti ostrich racing, ostrich riding, berdiri atas telur burung dan boleh membeli-belah produk hasil burung unta yang boleh menarik perhatian ramai pengunjung yang menginginkan satu kelainan.

Jelita Impian Sdn Bhd juga adalah yang pertama di Malaysia yang menghasilkan produk kosmetik berasaskan pati burung unta dan antara produk kosmetik yang dihasilkan ialah krim muka, syampu rambut, sabun badan, losyen badan dan kesemuanya telah mendapat sijil Halal daripada JAKIM.

Salah seorang pekerja di Jelita Ostrich Farm yang hanya mahu dikenali dengan nama Ah Chong, setiap anggota badan burung tersebut termasuklah telur, bulu, tulang, kulit, lemak dan dagingnya adalah sangat berharga.

Katanya, minyak yang dihasilkan dari burung yang boleh mencapai hayat sehingga 80 tahun tersebut mampu mengatasi pelbagai jenis masalah termasuklah eczema, rambut gugur, psoriasis, jerawat, bengkak, masalah senggugut dan lain-lain lagi.

Minyak burung unta semakin banyak mendapat perhatian orang ramai setelah penyelidikan dibuat oleh seorang saintis dari Universiti Putra Malaysia yang telah membuktikan kebaikan minyak tersebut.

“Daging burung unta boleh mencecah sehingga RM100 bagi setiap 1kg manakala bulunya kita eksport ke Thailand.” Katanya lagi.

Dagingnya sangat digemari oleh ahli sukan terutamanya kerana nilai kolestrol, lemak dan kalori yang sangat rendah tetapi kekal tinggi nilai protein dan zat besinya.

Kulit burung unta dijual pada harga kira-kira 1035USD bagi setiap 1 kaki persegi dan biasanya dibuat barang perhiasan seperti beg tangan, tali pinggang dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, uniknya di Jelita Ostrich Farm ini, pengunjung diberikan sijil setelah berjaya menaiki burung unta sebagai tanda mereka telah menunjukkan keberanian dan kemahiran yang hebat.

Antara produk kosmetik yang dihasilkan oleh Jelita Ostrich Farm.

Jelita Ostrich Farm telah tersenarai dalam The Malaysia Book of Records tiga kali.

Burung unta yang tidak mempunyai kemerahan pada bibir ialah betina manakala yang mempunyai kemerahan ialah jantan. Yang berbulu hitam ialah jantan manakala yang berbulu kelabu ialah betina.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.