Home Farming & Agriculture Agribusiness

Agribusiness

228
0

OLEH NORASIKIN MAULAD NOR AZMAN (185088)

Perniagaan tani adalah urusan pengeluaran pertanian. Istilah ini dicipta pada tahun 1957 oleh Goldberg dan Davis. Ia termasuk kimia pertanian, penternakan, pengeluaran tanaman (pertanian dan perladangan kontrak), pengedaran, jentera ladang, pemprosesan, dan bekalan benih, serta pemasaran dan jualan runcit. Semua ejen rantaian makanan dan nilai serat dan institusi-institusi yang mempengaruhinya adalah sebahagian daripada sistem perniagaan tani.

En.Hamzah ,48 yang berasal daripada Kota Tinggi, Johor ini ada menyatakan bahawa cili merah, cili hijau atau cili api merupakan sayuran yang sangat sinonim dalam masakan dikalangan rakyat Malaysia. Tambahan pula, ianya bukan sahaja sebagai sayuran, malah ia berfungsi sebagai rempah bagi menambahkan kepedasan sesuatu masakan. Kandungan capsaicin yang terdapat dihujung kulit cili yang akan memberikan rasa pedas bagi spesis cili. Jika kurang kandungan capsaicin didalam cili tersebut, maka kuranglah rasa pedas cili itu. Cili mempunyai sumber Vitamin A, C dan E serta potassium bergantung kepada warna dan varietinya.

Pekebun akan menyemai benih cili pada tray semaian. Tray semaian akan diisi dengan media percambahan seperti tanah Holand atau tanah campuran dengan kadar 2:1 (tanah hitam atau tanah bakar). Media percambahan ini mempunyai kadar nutrien yang tinggi yang akan mempercepatkan kadar pertumbuhan anak pokok cili.

Pembajaan yang teratur dan sistematik adalah faktor kejayaan pertanian dan ianya merupakan elemen terpenting bagi mengekalkan kesuburan pokok cili. Baja NPK Hijau 15:15:15 ditabur disekeliling anak pokok bermula minggu pertama pemindahan anak pokok dengan kadar 10 gram bagi setiap pokok.Cili akan dipetik dalam tempoh 8 minggu pertumbuhan pokok cili. Bagi kawasan 400 kaki persegi, hasil cili sihat boleh mencapai 100 hingga 200 kg dan pungutan dilakukan selang 3 atau 4 hari sekali bergantung kepada kawasan penanaman.

Pembungkusan yang sesuai supaya memberi perlindungan daripada berlakunya kerosakan buah cili semasa pengendalian dan pengangkutan. Perhatian yang rapi perlulah diambil bagi mengelakan kecacatan buah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.