Home Inspirasi Niaga Youtube dijadikan panduan pelajar untuk memulakan perniagaan baiki telefon pintar

Youtube dijadikan panduan pelajar untuk memulakan perniagaan baiki telefon pintar

236
0

Oleh : Farhan Hani

Menonton video-video di Youtube merupakan hobi seorang pelajar Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) sehinggalah beliau secara tidak sengaja melihat video cara membaiki telefon. Memiliki sifat ingin tahu yang tinggi, beliau menonton video membaiki telefon yang berdurasi sepuluh minit sehingga tamat.

‘Selepas saya menonton video tersebut, saya merasakan membaiki telefon pintar itu tidaklah begitu sukar’ kata Abdul Raof. ‘Oleh sebab itu saya bertekad untuk memulakan pendapatan sampingan dengan mengambil upah membaiki telefon pintar untuk menampung belanja sara hidup di UPM.’ katanya lagi.

Melebarkan sayap ke negeri lain

            Bermula dengan membaiki telefon pelanggan di dalam kampus UPM, kini pelanggan beliau terdiri daripada individu luar kampus iaitu dikawasan Selangor dan Negeri Sembilan.

Walaupun ulang-alik ke luar kampus, namun pelajaran Abdul Raof tetap tidak ditinggalkan. Beliau bijak dalam mengurus masa diantara akademik dan pekerjaan. Kini, beliau tidak lagi mengharapkan wang saku daripada ibu bapa kerana pendapatan daripada pekerjaan sambilan belau sudah cukup untuk menampung perbelanjaan harian. Malah, yuran pengajian juga beliau langsaikan menggunakan pendapatan daripada hasil mengambil upah membaik telefon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.