Home Inspirasi Niaga Sanggup berhenti kerja kerana minat berbisnes

Sanggup berhenti kerja kerana minat berbisnes

656
0

Oleh : Annur Hidayah

Seorang guru bakeri giat mara sanggup tempuh risiko berhenti kerja semata-mata ingin membuka bisnes sendiri yang diberi nama Sweetbite Bakery bertempat di rumah beliau sendiri di Sri Serdang, Selangor.

Munirah Ahmad berkata beliau mula terlibat dalam bidang perniagaan kerana pengaruh keluarganya yang dahulu pernah membuka kedai makan. Malah, beliau juga turut bercerita mengenai pengalamannya yang pernah bekerja sebagai guru bakeri di giat mara dan minatnya yang mendalam terhadap bidang bakeri ini.

‘Sayang kalau ada bakat tapi tak digunakan dengan sebaiknya. Jadi saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan buka bisnes sendiri dan alhamdulillah hasilnya sangat memberangsangkan’

Wanita berusia 28 tahun ini menceritakan tentang kisahnya pada suatu ketika dahulu yang berasa sangat teruja apabila melihat ramai bakers berjaya menghasilkan produk makanan mereka sendiri. Beliau turut berkata pada waktu itu beliau masih takut untuk mencuba dalam perniagaan brownies ini namun setelah mencuba beliau yakin untuk pergi jauh lagi dalam perniagaan ini.

Antara brownies dan kek yang menjadi sambutan daripada pelanggannya adalah seperti brownies special box , red velvet cake dan juga yang viral baru-baru ini adalah Whoppie Pie. Rata-rata pelanggan yang diperoleh beliau adalah melalui medium Facebook dan juga instagram yang mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

‘Saya juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran. Perkhidmatan penghantaran percuma disediakan bagi kawasan Serdang sahaja manakala cas akan akan dikenakan untuk pelanggan yang di luar kawasan Serdang’

Sepanjang terlibat dalam perniagaan ini, beliau belum pernah ada sebarang masalah dengan pelanggan-pelanggannya. Beliau juga turut berkongsi tips untuk terus maju dalam perniagaan ini dan berpesan kepada semua usahawan di luar sana supaya tidak kedekut dengan pelanggan dan berikan yang terbaik untuk mencapai kepuasan pelanggan.

‘Jangan takut mencuba, jangan takut untuk keluarkan modal dan yang paling penting jangan malas’ tambah beliau lagi.

Lebih menarik lagi beliau turut memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih rekaan kek yang mereka inginkan mengikut bajet yang ditetapkan mereka. Harga brownies pula bergantung kepada topping yang pelanggan mahukan dan harganya sangatlah berpatutan. Bagi yang ingin menempah brownies homemade ini boleh menghubungi beliau di talian 018-2406412 untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perkhidmatan yang disediakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.