Home Inspirasi Niaga Pelajar dan pelaburan

Pelajar dan pelaburan

1066
0

Oleh: Norsupi Binti Jamal

Siti Aida Aliah Binti Mohd Azlan, 22 tahun atau lebih mesra digelar Aida merupakan salah seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang pengkhususan komunikasi koprat. Dilahirkan di Negeri Sembilan dan kini menetap di Subang Jaya merupakan anak tunggal dalam keluarga. Kehidupan sebagai anak tunggal mendidik Aida untuk menjadi seorang yang lebih berani dalam kehidupan dan secara tidak langsung mendorong Aida untuk menceburi bidang pelaburan di usia yang muda.

Aida merupakan antara pelajar yang menyahut cabaran dengan menjinakkan diri dalam bidang pelaburan. Pelaburan yang diceburi ialah ASEAN YOUNG PROFESSIONAL ENTREPRENEUR (AYPE). Pelaburan ini merupakan sejenis platform yang menyokong segala bentuk perniagaan yang menggunakan ‘’system new economic model”.

Bermula hanya melalui bacaan, Aida mula menyertai AYPE dengan dorongan daripada  sepupunya sendiri. Hanya memulakan pelaburan dengan modal yang kecil, Aida kini boleh mendapatkan  dividen pada setiap bulan. Aida menyatakan bahawa pada era kini, pelajar tidak boleh tertumpu pada satu bidang sahaja. Mahasiswa perlu bergerak sejajar dengan kemajuan teknologi. Tambahan Aida lagi, di era globalisasi ini, tenaga buruh semakin kurang diperlukan dan pernigaan melalui internet yang akan mendominasi kadar ekonomi pada suatu hari nanti. Kadar mata wang yang tidak stabil juga merupakan  salah satu faktor untuk Aida menyertai AYPE ini. Sediakan payung sebelum hujan menjadi pegangan Aida kerana bagi Aida pelaburan merupakan simpanan untuk masa hadapan.

Tuntasnya, mahasiswa perlu mengubah mentaliti bahawa pelaburan adalah hanya untuk golongan yang berada sahaja. Kini pelajar juga boleh membuat perancangan kewangan mereka untuk kegunaan pada masa hadapan. Permulaan yang sedikit mampu menjana pendapatan ynag lumayan. Sebelum memulakan sebarang pelaburan, mahasiswa itu sendri perlu membuat kajian berkenaan pelaburan yang ingin diceburi untuk mengelakan daripada ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjwab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.