Home Inspirasi Niaga Keluar produk jenama sendiri

Keluar produk jenama sendiri

386
0

OLEH WAN NUR AISYAH BT WAN ROSDI / 181119

Hanya bermula dengan modal sebanyak RM2,000, kini pengeluar tudung Modern Nissa mampu menjana nilai jualan berjumlah dua kali ganda sebulan.

Berkongsi kisah, pengasas tudung Modern Nissa, Nazifah bt Mohd Dawam, 22, berkata, perniagaannya bermula di kolej semasa belajar di Universiti Putra Malaysia. Berbekalkan sikap berani menghadapi risiko dan sememangnya sudah lama minat dalam bidang perniagaan, beliau nekad mengusahakan perniagaan tudung jenama sendiri sejak tahun 2014.

Nazifah bt Mohd Dawam, 22 Pengasas Modern Nissa

Seperkara menarik, langkah itu banyak dibantu pengalaman beliau ketika menjadi pembeli secara pukal sebelum mengeluarkan produk jenama sendiri.

“Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak ada lagi berdepan dengan cabaran yang besar. Bagi saya macam mana nak tarik pelanggan untuk beli produk tu merupakan satu cabaran juga, namun ia mampu diatasi jika kita mampu berkomunikasi dengan baik. Sekurang-kurangnya pengalaman ditimba mendidik saya lebih berdikari dan mengajar tentang kebergantungan.”

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Linguistik Bahasa Inggeris itu juga berakata, walaupun jauh menyimpang daripada bidang pengajian diikuti, beliau dapat mempelajari banyak perkara baharu yang mematangkan dirinya. Beliau juga mengaku mendapat inspirasi daripada Vivy Yusof untuk mengeluarkan tudung jenama.

“Sebagai usahawan muda dan baharu, kita bukan sahaja perlu hasilkan produk, tetapi mesti lakukan inovasi dan berdisiplin. Jadi, perlu kerja kuat untuk kembangkan perniagaan,” katanya

Mengenai perancangan masa depannya, beliau bercita-cita untuk mencari pengalaman bekerja dalam industri sebelum mengembangkan perniagaannya kearah yang lebih tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.